Assalamualaikum, Selamat berpuasa.
Minggu ni dah minggu 38, rasa tak larat sangat berdiri buat terawih, rasa pening. lepastu kaki semut2. Asyik bergerak je, batal pulak solat aku ni kang. hmm!
Saya kali ini nak tulis apa yang saya rasa ketika mengandung.
Wahai suami,
bantulah aku. Dikala aku susah dan senang. Ringankanlah beban yang aku tanggungi sekarang ini dengan kasih sayangmu.
Wahai suami,
Aku harapkan keredhaan darimu, sebelum kepergian ku.
Wahai suami,
Aku bukanlah mengharapkan belas kasihan makhluk, tetapi adakah kau merasa aku ini bebanmu? Lebih-lebih lagi dikala waktu sebegini?
Wahai suami,
sesungguhnya aku amat menyayangimu, aku harap Allah permudahkan urusan ku dan urusanmu, semoga Allah melimpahkannya petunjuk dan HidayahNya kepada mu. Sematkanlah dalam dadamu untuk menjaga anak ini suatu hari nanti dengan penuh perhatian darimu.
Wahai suami,
Kau banyak berkorban untuk ku, kau orang teratas selepas Allah dan ibu bapa dalam hatiku. Bimbinglah aku, bukan mengejiku, ajarilah aku, bukan mengasariku, aku minta maaf..
Okay, itu je..
Ramadhan ni baru ramadhan ke 21. Jangan buka lagu raya buleh tak?!
Assalamualaikum, jumpa lagi!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 Replika Labu:
salam ramadhan yee.,ehHHee
Salam ramadhan juga! :D
wah pregnantye..baru tau..tahniah..dekat dh tu..jgn baby nk kuar pg raye dhla..hihii
btw selamat hari raya ye..take care!
yup kak, pregnant :)
keluar bila pun tak kisah, asalkan Allah permudahkan prosesnya...hihi
Thank you...
selamat hari raya jugaa!
Post a Comment