Dalam hidup ini, jika kita terlalu sibuk kesana kemari. Berhentilah sebentar, fikir semula. 2013 aku di sini, 2014 aku masih disini? Mengapa begitu? kerana azam tinggal azam. Semuanya hanya ikutan belaka. Kini 2015 pula, adakah aku dan engkau masih disini? Kenapa mahu membuang masa? Mengapa masih mahu di takuk lama.
Ada orang bila ditanya, apa kau mahu di tahun ini?
Katanya "Kita lihat saja nanti apa yang berlaku" (follow the flow)
Ada yang bila ditanya lagi.
Katanya "adalah juga plannya, tapi tengoklah bagaimana dan semangatnya bagaimana" (tidak yakin dengan apa yang dirancang)
Ada lagi yang ditanya, hanya menjawab "sama saja, tiada rasa apa-apa"
MashaAllah.. tidak kah kau merasa nikmat 2014 itu? Tiada satu pun udara yang kau hirup perlukan wang. Bukankah itu suatu rezeki? Mengapa kau masih mengingkari Allah?
Masih ramai lagi yang meninggalkan solat dengan sengaja.
Masih ramai lagi yang lalai..
Sedangkan orang yang berdosa itu ditempatkan di dalam neraka, bila Tuhan bertanya, berapa lama kamu tinggal di bumi?
Mereka menjawab: Kami telah berdiam di sana sehari atau setengah hari. Cobalah tanyakan kepada orang yang pandai menghitung.
Berkata (Tuhan): Tidaklah lama kamu berdiam di sana, hanya sedikit, kalau kamu ketahui.
(Surah Al-Mu'minun 112:114)
Begitulah kita bila rasa bila dah 2015 ni kan?
Saban hari kita dengar, "eh, sekejap je dah 2015 kan?"
"haishh, 2015 dah kan? hutang pun tak habis bayar lagi ni.."
"2015 lepastu 2016"
semuanya rasa sekejap je, macam semalam je 2014 cara kita ungkapkan tu.
Marilah kita cuba didik diri kita, rancanglah apa yang kita mahu, tulis di kalendar handphone. dari sekian haribulan sampai sekian haribulan, apa yang akan dibuat. Setiap hari mesti terisi. setiap hari MESTI ada aktiviti menambah ilmu, MESTI perlu ada aktiviti yang mendekatkan diri pada Allah, MESTI kena ada. contohnya membaca alquran dan tafsirnya walaupun satu muka surat. Beri makan pada rohani, jangan asyik dengan rancangan di televisyen. kerja. sibuk kira untung perniagaan. semuanya duniaa. tak penat ke? berapa lama je kau nak hidup di dunia ni?
Sekian, saya sayang semua orang. Saya mahu jadi baik, kata yang baik-baik kepada diri sendiri.
wallahu 'alam..
Jumpa lagi!
Thursday, January 1, 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)