CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 22, 2011

Kurang kasih sayang

Mak orang : Aku dah gemuk lah, macamana ni

Anak Dara : Syukur je lah. 

Mak Orang : Tapi memang menaik la berat badan aku ni, ni haa,kau tengok bahagian perut ni. 

Anak Dara : *ala,kau kan dah pernah beranak kan 2 orang manusia, kira okay la tu,siap ada shape lagi,ko nak aku cakap kau masih berbadan boleh setaraf anak dara  macam aku kan? puih.sampai mati hidup balik pon aku tak kan cakap* #dialog dalam hati dalam kiraan 1 hingga 1/2 saat.#

Dialog betul : Berapa berat sekarang? *melayan jugak,nak jaga hati*

Mak Orang : 55

Anak Dara : Okay la tu, bukan semua ibu boleh maintain kan.  :) *senyum kambing,yang lebih manis dari kambing*

Mak Orang : Tapi malam tadi makan bla bla bla jimbit apa, pagi tadi lagi dah sarap bla bla bla sampah sarap. her her her *gelak mintak puji*

Anak Dara :  Ohh,wah yaka. *macam orang berbadan dua pulak ye makan bebanyak,tapi bukan laki kau dah tinggalkan kau ke*  #Dialog 8000 meter per saat.#
Okay laa tu kak.

Mak Orang : Keekekekeke


What are you trying to prove actually makhluk? That's why sometimes I hate to have conversation with someone's older, it's really hard to fine the great words*for them, i guess :P*

Lagi pula topik tak menarik dan ganas, kalau dah ganas tu ganas sangat pula, siap cerita 18sx,  dimanakah terletaknya hormatnya terhadap umat yang belum berkahwin ini. Tahu lah kau gersang, malas nak masuk campur kisah kau.

Lagi yang tak menarik adalah, cerita macam betul semua,meletup2. 

Lagi adalah, semua mengenai kau tak menarik. oleh sebab itu lah sesungguhnya aku tidak tertarik untuk mengetahui lebih lanjut,sekian terima kasih.



p/s: Jadilah seorang ibu yang humble, disayangi anak-anak anda dan anak orang lain seperti aku, beri nasihat kepada orang-orang yang lebih muda. Bukan hal duniawi yang cliche dan bosan macam kau bangkitkan sebentar tadi.
 boleh aku bakar kau? 

selamat malam :P



jumpa lagi!

Tuesday, December 13, 2011

Mana lagi kau takut

Islam itu indah, mengapa perlu kau hancurkannya?
Padahal apa yang tersirat nya tak pernah kau fikirkan,
bukan kah Islam agama untuk orang - orang yang berfikir? 
Sedangkan mahu makan pun perlukan berfikir, apa mahu dimakan, halal kah, dimana kah,bila kah,
Inikan pula didalam langkah mu menongkah arusan dunia yang belum tentu bila berakhirnya

Berhati hati lah,
hidup ini ibarat berjalan di padang pasir yang penuh duri
Sudah tentu sahaja kita terlihat duri bersepah -sepah takut pula tersepak-sepak,
Begitu juga dunia ini,
berjalanlah laluinya lah dengan penuh hati-hati, takut - takut terlanggar pula larangan tuhan. 
orang kata berbuat dosa dengan Tuhan bertaubat sahaja kerana Tuhan itu Maha Pengampun, 
sedangkan manusia meninggalkan dendam dan susah memaafi sesama manusia,
jadi? adakah itu menjadi suatu peluang untuk kau berbuat dosa sesuka kau,
di kemudian hari bertaubat kerana yakin sudah tentu- tentu Tuhan akan memaafkan kau? zaman apa kau punya pemikiran ini? 





jumpa lagi!

Tuesday, November 29, 2011

It's all about November!

It is end of november. November have treat me well and it's a bit sad actually.
Awal muharam juga baru menyentuh hari kita. 
Azam tahun lepas sudah dikecapi ke?  :P

And I hope this coming years give me delight and be more tough as girl *ahaks,women :)*

A lot lot coincidence, a lot of unexpected things, a lot of happiness and story have come and bump into this face and life.

And if i can do some life graph,it's was a bit high rating at November :)

How about your November?

jumpa lagi!

Monday, November 14, 2011

Healing heart by quran

I hate burden anyone,so let's myself get the burden by myself,no one knows that. And i don't know whether this way would happy others that i don't want to hurt them. I know it's like cheating myself.
They want what they want by hurting me, and i apologize them,there's nothing to be revenge off,because i love them and i know they want the best among the best for me, and i cry behind the invisible valance,
 Lamenting alone, 
and fallen into my own world.


In every case it's feel like ''let me the one who feel how hard is the pain is as long as my family and my love one didn't hurt''  and it's really need a temporary sacrifice, but i know it will leave some scratch in my heart.
but no worries it will heal some day :)


credit 




Thursday, November 10, 2011

Be as tough as u can

It's easy to be independent woman, and it possible when you use to it.
And nothing can't broke that feel , plus we don't have to laying down a head to please people, and believe people for their unexpected promise.  I said to my self to never trust people promise but trust them who kept their promise happen, and i know what i done.

Thanks to Allah because lending me this tough heart who need Allah's love and attention.
It's really hard to believe that i have faced this kind of life,  which the best part i feel like what a good things on earth i have done to people for the past past year and i feel happy.
For the reason i cry, i feel like what is my hate sins i have done in my past life,so sad feeling like getting balasan from God. i pray and must pleased for it.

Thanks to all people that teach me how is life treat me to be as tough as you are, and i get inspiration from them, but they never notice that,i know :)

credit to: Lydia | inspired by sesegar 

Wednesday, November 2, 2011

Dalam sunyi aku bersujud

Dikala saat,
Pada suatu hari,  anda tahu anda seorang yang single.

**********

Dan anda ditanya dengan spontannya
"will you marry me"
atau
dalam bahasa ibundanya
"jom kawen!"

dan seandainya sewaktu itulah kau merasa lemah dan kau lah sekerdil-kerdil umat,sebab kau tak tahu nak jawab secara spontan juga.



assalamualaikum,




jumpa lagi!

Monday, October 31, 2011

Peluang hidup hari ini 11111

Mesti kau tak tahu betapa berdebarnya aku menunggu 1 11 11 itu. Padahal setiap tahun itu ada sahaja tarikh itu muncul,mengapa perlu berdebar. ya! itulah natijahnya :P

Walhal tarikh itu tidak lah secantik mana, cuma cantik lah bagi orang yang mengamalkan hantu feng-shui atau terikut-ikut orang :P

Kadang-kadang ada sahaja orang yang confused,tak tahu apa mahu bikin ini hari bukan? 

Pertama sekali 
Terima kasih Ya Allah
kerana masih memanjangkan usiaku ini
sedangkan kematian itu semakin menghampiriku

Kedua sekali
mesti ingat dan menyatakan rasa terima kasih kepada ibu yang telah mengandung dan melahirkan.

Ketiga sekali
jangan malu - malu tak bertempat :P

Gua nak kerja molek ni,assalamualaikum!


jumpa lagi!


Thursday, October 27, 2011

Apa tujuan hidup?

Sedih melihat rakan-rakan yang hanyut di buai dunia mereka sendiri,mereka fikir mereka diciptakan di dunia ini tiada tujuan dan hanya mengikut aliran ketuaan usia dunia?

Perasan bagus bukan boleh dibawa kemana,sungguh membuatkan manusia di sekeliling menjadi muak dan bertambah kasihan lagi terhadap mereka.

Bila dikurniakan sedikit hidayah,mereka tolak mentah-mentah tanpa menjamah sedikit merasakan kenikmatan hidayah Allah yang hanya insan terpilih layak dan sanggup memikulnya. Kalau tuhan cipta kau semata- mata untuk selain menyembah Allah dan selain menyebarkan agama Allah(memegang teguh pada tali Allah*sila rujuk pada orang yang faham jika tak faham,bukan tali rapia,harap maklum*) lebih baik Allah membiarkan sahaja malaikat memuji-muji nya pada setiap saat, mengapa perlu manusia lahanat yang ingkar tuhan ciptakan?


Seperti yang disebutkan di dalam Al-quran dalam surah Al-mulk, ayat 1 hingga 2 yang bermaksud

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani


1) Mahasuci Allah yang menguasai (segala) kerajaan, Dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu.
2) Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun.


sadaqallahual'azim


Setiap kejadian tidaklah sia-sia Allah jadikan, kejadian lalat. Nampak macam penyibuk,tetapi sesungguhnya kalau hanjing mati tepi jalan siapa nak habiskan daging2nya yang busuk dan haram tu. Kau? ataupun kau yang tengah curi-curi korek hidung tu? sesungguhnya mustahil bukan?
maka,sang lalatlah yang mengajak kawannya beramai-ramai untuk mempercepatkan lagi proses pembangkaian itu terjadi.
sekecil-kecil kejadian ada tujuan dan semuanya adalah rahsia Allah.


carilah,menujulah kejalan Allah,selangkah kau menujuNya, seribu langkah Dia datang kepada kau. nampak macam selalu dengar je ayat ni,dah naik menyampah rasanya kan?
sebab apa, sebab kau tak nampak kedatangan Allah secara mata kasar, jadi kau rasa apa yang kau buat tak mendapat balasan, sia-sia dan lansung tak di endahkan,malah rasa diri sendiri tak guna,baguslah.sebab kau memang tak guna pon,kufur nikmat.


hari ini kau dapat membaca pun,sudah cukup baik.apa kata Allah tarik sekejap nikmat mata kau hari ini,bagi kena sengat lebah sikit je lah,tak banyak mana.agak-agak sampai lebam lah biji mata sebelah kau tu.apa agaknya rasa ye? macamana nak berhadapan dengan orang hari ini? bagaimana meneruskan hidup hari ini? dan kau bakal juga menanyakan kepada Allah,mengapa kau uji aku sebegini.itulah kau, dahulu ada mata,kau dustakan ayat Allah,ada telinga kau buat-buat tak dengar apa suruhan Allah,dengar azan panggil menuju kejayaan kau pandang remeh, siap cakap dalam hati kejayaan apa nya,mengarut. dahulu ada hati,kau kotori dengan titik-titik hitam sedikit demi sedikit. Sekarang bila Allah tarik semula nikmat yang kau sangka kau akan miliki selama-lamanya dan  kau sangka bukan pinjaman itu, baru mahu sedar, tapi berapa lama sahaja kesedaran? dapat balik nikmat.kau lupa semula nikmat Allah.
oh,sungguhhh *menggeleng-gelengkan kepala*


Tanya semula diri mengapa kau dihidupkan? hanya melaksanakan pusingan hidup? Lahir-kahwin-melahirkan zuriat dan anak kau memusing semula kitaran hidup yang kosong itu? 


p/s:  Bukan itu tujuan kau dihidupkan, sila semak semula amalan.




jumpa lagi!

Sunday, October 16, 2011

Invisible you

Pernahkah kau rasa dibuang dunia? 
Lantas itu mencari alam akhirat
Yang memutuskan pertalian kau dan sekalian dunia


Engkau tidak perlu risau lagi tentang dunia,
Tidak perlu lagi menakuti penyakit cintakan dunia,
Yang kini lamunanmu sendiri yang menyatakan
kau dibuang dunia

The whole world thrown you, without any mercy
and you have no power under the lovely sky
You go farr- aaway so that no one can thrown you as their wish.
and now you have no mercy to that creature and cruel mirror to them


credit


see ya!

Hari peng'anu'gerah

It's been hours ago from the time I step up at the hall stage. It's feels like really long journey I ever cross.
Then,it's only dip-looo-maaa and nothing I have to show off. Maybe some people said 
"of course we have to canang-canang duh, bukan selalu dapat penganugerahan" :P :P :P pathetic

Mati pon bukan selalu,jom ingat matiii :D
Kau dan aku akan mati juga. 


Assalamualaikum.

jumpa lagi!

Wednesday, October 12, 2011

Sunnny Butterfly


Pengemis desa menjenguk lagi
Matahari tersenyum lagi hari ini
Gapura diri menjeling masa hadapan
Moga matahari menyinggah lagi

Hari ini baru dapat melihat matahari
Hari ini matahari menyinar tanpa segan
Aku tersedar dari lamunan 
kerana fatamorgana mematikan lamunan seorang perempuan





jumpa lagi!

Monday, October 3, 2011

Setiap kali gua mandi

Setiap kali gua mandi,
Gua harap peluh bekerja hari ini hilang 
Angin jahat yang melekat atau lalu atau terlekat atau sengaja melekatkan dirinya keatas diri gua, 
hilang dengan derasnya air shower.

Setiap kali gua mandi,
Gua berdoa setiap air yang mengalir di setiap helaian rambut gua yang cantik lagi adorable ni, membersihkan segala cas-cas negatif yang melekat pada kepala gua.
Supaya setiap hari gua positif!

Setiap kali gua mandi,
Gua harap segala keluhan, kesedihan & ketakutan hari ini, 
jatuh berderai bersama deraian air yang fatamorgananya tercatat semalam.

Setiap kali gua mandi,
Gua harap gua menjadi seorang yang baru *baca new person* 
 yang dahulunya tidak pernah kenal erti kekalahan hidup, 
juga kuat hati dan semangatnya.

Setiap kali gua mandi,
Ada sahaja makhluk yang mengetuk
"Wei,cepat sikit sape kat dalam ni!"
Dem,gua tendang pintu untuk keluar.*tipu besar
Gua kuak pintu tenang lalu melangkah keluar meninggalkan semalam yang bertopengkan dunia.




jumpa lagi!

Tuesday, September 27, 2011

Sepetang di khalayak 2

Gua tak puas hati, pergi minta pendapat baba. Beliau memberitahu "Salam-salam ni nampak tak bersalah bila semua orang buat,there must be someone to change it, and by the way you're the 'someone' " LOL,hopefully dad =D

Gua fikir laju-laju,dalam-dalam.Mungkin juga ada yang terkesan sedikit di hatinya,mungkin ada sedikit saham akhirat gua dapat disitu. Mudah-mudahan.*untuk sedapkan hati semata-mata ayat ni.

Gua balik,pegang quran. Teringat pesan mama gua,kalau nak petunjuk*ceh,gua tak tau nak guna ayat apa.kira macam petunjuk la.
pegang quran,baca Al-fatehah 3 kali,niat dalam hati nak penyelesaian kepada keresahan hati itu time.

Dengan lafaz bismillah gua bukak "PAPP" surah Luqman. Nak mula je runsing.Gua gagahkan juga.Gua baca,baca & baca...
zass.aduh,rasa macam tepat je ke diri gua ayat-ayat dalam tu, macam perli pon ada juga,gua mula dapat jawapan.

******

Hati gua tenang kembali, bagaikan tidak pernah ada apa-apa yang berlaku sebelum ini.WIHO!

Gua ada dengar juga salam itu tidak lah berdosa kalau niatnya bukan nak menggatal.Entahlah, yang gua tahu, lelaki bukan muhrim jika dia larat lagi mengangkat 2 biji buah kelapa (ibaratnya) maka haram bersentuhanlah.
-kiranya atok-atok yang dah terlantar/ betul-betul dah tiada hawa nafsu atau hawa dingin pun boleh,barulah kita salam.hoyeh?

Gua juga ada dengar lu orang bisik dalam hati, rilek sudah,minah ni pasal salam pun risau macam hilang laki! 
Lek lu, gua takut lagi hilang iman dan taqwa dari hilang laki,HAHA

By the way, biasalah first time gua menghadapi hidup yang terpaksa bersosial dengan orang yang tidak paham-paham islam, so sebenarnya memang menjadi tanggungjawab kita untuk memahamkan mereka, agar mereka dan kita mengamalkan islam secara syumul.
wallahua'lam!



p/s: jangan berani berani nak salam gua,HAHA!

jumpa lagi!

Sunday, September 25, 2011

Sepetang di khalayak

Dilanda ke entah apa-apa an fikiran
Dealing with people who admit and yet physically as islam and tipu2ly islam is really challenging. Today was the day i probably cannot forget. On the noon, I need to fulfill the OFFICE TERBUKA*hooo* invitation by company M. There, macam biasa ramai orang. Perut dan duit pun ngam ngam lapar dan habis.memang chicken dance.Makan,makan,jumpa orang,jumpa orang,jumpa landlord, gua perhati dari jauh,alhamdulillah pakai songkok berbaju melayu. Dekat, tegur.okay kawtim,nasib dia tak hulur tangan nak berjabat mesra*mesra tengkorak hang*. fuhhh fuhh

Lari laju2 balik office, meeting lagi 2 jam, gua ada masa setengah jam dari sekarang, tak solat zohor lagi.Gua terus lari dengan kasut tumit tinggi,wehaa! rasa macam terbanggg,perform the solat and bergegas ke parking lot kerana member kristian gua dah tunggu..hihik2!

Sesampai di PJ, gua turun pantau site*wah,ayat nak pantau je,bos ke? ejejeje! Landlord 2 pula sampai, gua difahamkan beliau ni Tuan Haji. Gua senyum nipis anda lega.

Gua kerling perlahan Landlord 2, Tuan Haji salam semua yang dekat termasuk kawan gua yang kristian(perempuan).Ah,sudah kali ini giliran gua.
See, even nama orang tu Tuan Haji Soleh Mekah Al-Mukarramah pon kalau dah tak faham-faham Allah kata apa tu, memang layak kita ikat dekat pokok bagi semut tonggek jahannam kan dia.ha ha

Gua tepis tangan Tuan Haji lalu berlalu pergi.*Eceh,tipu. Gua buat isyarat macam bermohon sembah tu lah, bagi sign sikit gua ni ISLAM, kah kah.

Petang sikit gua ada 1 lagi office terbuka,gua pergi sahaja untuk memenuhi undangan.Makan nya tak wajib.
Orang ramai,gua nampak CEO (Datuk) baru habis berucap. Berliau berjalan keliling meja,gua perhati dari bertudung litup hingga ke baju tak cukup kain semua tidak melepaskan peluang bersalaman dengan Dato'.Terlintas OMG didalam hati.


Kamera man kelihatan sibuk mengambil gambar lah apa lagi,nama pun kamera mann! *tiba-tiba emosi


Cerita pasal dato' ni,gua tak de lah pernah tegur pon datuk ni,cuma selalulah lepak jamming malam2.wahaha. tak lawak.
itu kira tak apalah,abaikan. 


Sampai turn ke meja gua, gua rasa nak angkat kaki masa tu,tiba-tiba datuk hulur tangan.Gua tenang, kamera mula merakamkan detik-detik tak indah itu, iman gua mula runtun.Tapi gua gagahkan jua untuk memohon maaf dan menyusun jari bermohon sembah :P
Dato' mengundur tanda faham and he said 00,okay.. :)


Semuanya berlaku dalam 1 atau 1/2 saat sahaja,atau mungkin lebih laju dari itu? Gua bukan ahli fizik.hedeedee!




Nak dijadikan cerita,gua balik dengan kenyangnya.syukur pada Allah.time tak ada duit pon possibilities untuk makan sangat tinggi gamaknya. Waktu pon dah time (cikgu sekolah kesayangan gua selalu sebut). Semasa gua melangkah pulang,tiba-tiba sahaja telinga gua yang ternyorok dalam tudung ni terdengar mulut-mulut busuk bau bangkai ni, kata gua sombong tak mahu bersalaman dengan dato'. Gua juga 
mungkin dibuang syarikat.woha! sampai macam tu sekali keee?
herrgh
seperti biasa egonisme melanda.macamlah gua takut,baru 21 bhai,banyak lagi syarikat nak guna tenaga zahir gua lah! HAHA


lek lu.


Gua balik, menangis.






p/s: kadang2 orang ego, kena menangis juga.


Bersambung,jumpa lagi!









Bisikan diri baik

Assalamualaikum, 
sihatkah rohani anda pada hari ini? Bagaimana kawalan kesabaran anda hari ini?  Sayalah rohani anda yang dahagakan kasih sayang , cinta Allah dan nabi muhammad , saya juga yang akan menemani anda di kala anda menghadapi sakaratul maut, berilah saya makanan supaya saya cukup tenaga untuk menghadapinya bersama-sama anda kelak.

Sunday, September 18, 2011

Sibuk dengan hal dunia

Mungkin tiada gaji bulan ni. heh!

kadang-kadang kita perlu berkorban hidup,terpaksa bersusah mati diatas kesibukan dan keterlupaan orang lain.

Perlu kah mengamuk dengan isu dunia aku ni,semua rezeki Allah yang tentukan,jangan cepat melatah. mungkin kau kurang doa dan selalu juga melupakanNya dikala kau senang,tapi kau buat-buat lupa pula.Jangan bersedih. Ada sahaja kebaikannya disebalik apa yang berlaku. Jangan ingat kau derma banyak-banyak tuhan terima semua amalan kau,semak balik dosa kau lebih menggunung tinggi daripada ibadah dan ingatan terhadap-Nya.


Bersabarlah kerana sesunggunya Allah bersama-sama orang yang bersabar.

Sunday, September 4, 2011

Berpada - padah semasah berayah


Makan sampai tidur.



Misi menambah berat badan

- over eating this raya.
- because I know my weight will 'disappear' even when I'm not taking lunch ONLY. I know there's a lot women out there facing this problem too.hee :D


Ada misi orang kurangkan berat badan, same goes to me. I have to balance my BMI. Kurus sangat macam jerangkung pun nak buat apa. Kasi balun saja semua makanan.asalkan HALAL. :D


Kadang-kadang aku kesian tengok orang yang terpaksa berdiet.Konon-kononnya bokok nyoh,diet nasik lah.haduyai.rilek sudah.makan aje,portion kurangkan. Lahanat je semua tu diet2.ngah ngah!
Tapi kalau nak berdiet jugak,diet lah.Apa ada hal.cuma aku kesian je tengok orang macam tu, banyak lagi alternatif lain. Apa pon SELAMAT HARI RAYA,maaf zahir batin.

Sesegar | Sista

Entry ini pun tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang mati,jangan nak terasa pulak. Kalau terasa padan muka.kah kah!

Okay.Raya2.Kerja2.

jumpa lagi!

Wednesday, August 24, 2011

Semakin Sugul


Orang kata *penulis sendiri tidak tahu siapa orang itu* rindu itu suatu penyiksaan, kenapa perlu.Gua pon tak tahu.

Pemerhatian 1:    Kadang-kadang gua pelik kenapa orang sibuk nak tengok pedang nabi Muhammad, tongkat nabi Musa, katanya mukjizat pada barang tersebut sangat tersimpan khazanahnya.Ya,itu betul.itu zaman nabi, berbelas ribu tahun dahulu mukjizatnya.Tetapi tiada pula dihiraukan mukjizat Al-quran yang berada dihadapan mata. Padahal Allah dah bagi mukjizat juga pada zaman kita.sibuk nak tengok tongkat nabi,ambil syafaat lah entah ape lagi bedaah,tengkorak hang.okay sabar.Entah ranting kayu mana diciloknya,diwarwarkan tongkat nabi.cuih.

Pemerhatian 2:     Typically orang akan bawak buku doa harian, zikir harian.Dan selalunya buku-buku itu dirangkumi dengan pelbagai jenis doa,doa berjaya dalam hidup,doa dipermudahkan urusan,doa masuk tandas dan macam-macam lagi.Tapi tahukah kalian,doa-doa itu semua adalah untuk diamalkan bukan untuk dibaca ketika rasa teringat sahaja.contohnya doa mengelakkan terlupa.

Makhluk: Lalalala,aku nak buat apa ae tadi? Baca doa untuk orang yang terlupa lah..hemm hemm

Sebenarnya doa-doa tu untuk prevent dari terlupa selalu,lebih-lebih lagi terlupa Allah kan.Khianat tuhan nampak.
It's better prevent than cure right.

Pemerhatian 3:    Ibubapa selalu menggesa anak-anak kecil mereka berpuasa,padahal anak mereka baru nak hidup*ecey

maksud gua disini baru 4  5 tahun, memang lah niat tu nak melatih,mentarbiah anak supaya biasa dengan berpuasa kelak,tapi bab solat.tak ada pula digesa-gesakan anaknya seperti puasa tu.padahal puasa dan solat,amalan solat dulu yang dihisab sejurus lepas baru amalan-amalan lain akan dipersoal tuhan.

tak hairan lah* hairan? kah kah. tak hairanlah ramai yang berpuasa tetapi meninggalkan solat macam tak pernah-pernah sedar setiap langkahannya berpijak di bumi tuhan.lahanat,nak saja gua tangan-tangan.tak begitu?
Nak melatih anak biar lah betul caranya,orang suruh pergi kursus keibubapaan,kau pergi kursus make-up, orang suruh kau pergi motivasi untuk ibubapa,kau tunjuk lagak,rasa diri sendiri seorang bapa yang hebat.

Gua sebagai seorang anak yang bukan juga ibubapa kepada siapa-siapa,kadang-kadang nak jugak memberi pendapatan. Jangan disuruh sahaja budak-budak itu memilih jalan hidupnya sendiri, bimbing mereka,ibu bapa mana yang nak anaknya ingkar tuhan?.lain ceritanya kalau ibu bapanya  pon memang persatuan ingkar tuhan,itu belakang cite. 
 Cerita sekarang ada pula ibu bapa yang terangkan sambil lewa,dah lah sambil lewa,kurang ilmu,kurang serius pula tu.Lepas diterangkan, pesanan terakhir dia, "mama/ibu/mami/emak dah terangkan semua ni, pandai-pandai lah kau pilih mana yang baik mana yang buruk." 
bagi aku sebagai seorang anak,salah cara tu.
Buat baik ni kena latih,buat jahat sekelip mata pon boleh.kau hidangkan dan terangkan anak kau makanan tu sedap ini tak sedap,masa dia tengah puasa,last2 kau suruh dia pilihlah nak makan ke tak nak.silap haribulan,azan sebelum waktunya nanti. Manusia ni,selalunya dia nak mencuba. So,paling-paling pun anak kau mesti nak cuba dulu buat jahat,kalau terus buat baik alhamdulillah.tapi tahu-tahu je lah syaitan tu,tak ada cuti.  Dibimbangi kalau-kalau buat jahat tak pulang-pulang kepangkal jalan, ibu bapa pula dapat saham sekali. Almaklonglah, haritu suruh anak kau pilih kan? hee :D


Pemerhatian 4:    Waktu ambil air sembahyang,itu apa orang kampung kata ablution.ngeh ngeh. Bukan tak tau membazir tu amalan syaiton, lagi bukak paip besar-besar, kasi air membasahi seluruh kulit. Pada zaman nabi dulu, sahabat nabi ambil air sembahyang dekat sungai, sahabat kelihatan mencelup-celup anggota dengan excitednya. Kemudian Nabi bersabda,janganlah berlebih-lebihan dalam melakukan sesuatu. Ayat dia lebih kurang macam tu lah,gua tak berapa ingat.moral daripada cerita yang gua dengar dari ustaz tu adalah, jangan membazir,even air sungai tu mengalir dan banyak tetapi Nabi pesan juga macam itu,betapa pentingnya air itu.oH! lemah ingatan aku,tu la orang suruh hafal al-quran malaslah,tak ada masa lah,kan ingatan dah lembab,sori! u can get more knowledge about hadith tu pada ustaz ustazah korang,gua dah lama sangat pendam nak tulis sampai lupa =.=''

Pertanyaan  :   For my future husband, when did God wants us to meet? ahaa! 

 yang last tu tipu je .keh keh
Buat orang ramai, selamat beribadah di waktu-waktu genting ramadhan ini,dan hargailah setiap detik itu dengan mengingatiNya.berkata untuk diri sendiri juga.ohoo!





Model: Sesegar |  kredit to: Catherin


Buat yang merindui diri  dan sang perindu*muntah laju-laju  keluar  katak
Don't get toooo miss with person, but miss Allah you would never disapointed.Aku akan bakal menjadi mayat kelak,begitu juga engkau. 
Jangan rindu aku,habis bulu mata kanan aku gugur macam orang leukimia(khurafat betul).LOL.

jumpa lagi!

Thursday, August 11, 2011

Jaga Iman

Perlukah menghadiri majlis makan MUHIBBAH *dengar macam islamic*
 tapi di gereja?
Dah tak cukup tanah nak buat majlis kah? Kalau tak pantau,lepasni timbul pula majlis berbuka puasa di tokong serta gua batu caves bersama sami buncit kehormat. Amacam? Lu orang ada beran nak attend? ahuu.

Bermohon lah kepada Allah selalu supaya hatimu tidak di bolak-balikkan olehNya setelah dikurniakan nikmat iman dan nikmat islam.




















Sunday, July 31, 2011

Rindu

aku rindu,
Tapi kepada siapa rindu itu berhak?
Mengapa perlu risau,

aku rindu,
pada Allah dan Nabi Muhammad,
kalau aku rindu,
apa susulannya?
Tangisan dan rintihan sahaja tidak cukup membuktikan betapa bibit- bibit rindu itu,

segeralah melaksanakan yang haq,
Bangunlah siapkan dirimu Hai anak muda..!
Agar dirimu bisa menjawab 
persoalan di akhirat kelak.

p/s:  Hanya cetusan minda separa sedar, yang mendambakan kerinduan Tuhannya. Namun jauh di sudut hati.. adakah layak?

Sunday, July 17, 2011

Single Monday

I'm no one to anyone.so please stay away from me. I hope everyone forget me, it's more than enough that Allah remember me,i don't need people who never have power to give me the strengths today and my entire life.

I'm never care of what people's do in their life, but people's always care and yes,REALLY care of what i'm doing in every seconds of my action.I'm tired of this.it may okay for some certain time,but not every time though.

الحمد لله

see ya!


Tuesday, July 5, 2011

Perlu berbangga dengan kecantikan diri..arghh!

Assalamualaikum dan semoga dibawah rahmat Allah semua hendaknya :D

Topic ni buat diri gua jadi hulk.agerhhh!
Kecantikan insaniah.Mengapa terlalu banyak menghabiskan wang ringgit,rupiah,dinar,dong bla bla bla untuk lapisan kulit di muka?
Kalau tak ada kulit yang senipis itu bayangkanlah betapa buruknya skull iaitu tengkorak dibelakang secebis kulit itu,kulit yang melapisi kehodohan itu lah yang dibelek,ditenung setiap hari,padahal Allah menilai seseorang itu dari segi tingginya ketaqwaan seseorang itu kepada Allah yang Maha Esa . Pakaian taqwa adalah yang paling terbaik, means bawa kemana -mana  peribadi diri yang dipenuhi taqwa,bukannya warna kulit dan harta pangkat. Mengapa semua itu ditolak ketepi? Sedarkah kau?!
Seperti biasa yang kita tahu jika manusia yang mencipta peraturan ianya adalah sangat tidak adil dan tidak lengkap sama sekali,tetapi peraturan Allah sangat merangkumi segala aspek,tidak kira dari segi yang boleh dilihat ataupun tidak.

contoh clise disini: kalau orang belakang langgar bontot kereta lu orang,dia yang salah. tapi kalau gua undo laju-laju, langgar pulak kepala kereta orang belakang. dia salah jugak ke? kah kah!
  
lawak betul peraturan manusia.
 Kecantikan,did you really well know that minda kita dijajah oleh barat dengan mengatakan putih itu lebih cantik,kurus itu lebih cantik,seksi itu lebih cantik.Apa ada hal dengan gemuk? Apa ada hal dengan sawo matang atau gelap?  Allah tidak pandang semua itu, disitu sahaja kita boleh nampak keadilan Allah yang sangat menyayangi hamba-hambanya,tapi kenapa masih ramai yang kufur nikmat? Kenapa masih ramai yang berbangga dengan kecantikan yang ada dengan merasakan kecantikan itu datang dari usaha aku sendiri, 

“dah lama aku pakai produk mahal ni,wahaaa~ memang berbaloi-baloi”

Puih! Kalau Allah izin, kau lumur muka guna lumpur tempat babi mandi pun boleh cantik kulit,tak payah guna produk apa-apa pun tak apa.
Tapi apabila minda sedar ataupun separa sedar kita telah dijajah oleh momokan barat itu semua orang nak putih,semua orang buat pembedahan plastic bagi bibir ala-ala Angelinah Juling.ahuuu! 

Kufur nikmat, bagi yang tak mampu nak guna produk mahal pula,berputus asa.Sedih dengan penampilan diri yang  hitam,gemuk dan entah apa-apa lagi.Kenapa perlu? Barangkali orang yang dipandang hina oleh mata manusia untuk menutup auratnya,untuk memegang panji-panji kebesaran Allah,kerana menegakkan syiar Islam dimata dunia, dipandang jelik oleh masyarakat,disisi Allah, seluas bentangan lautan Allah memberi kasih sayangnya kepada hambanya yang taat.Apa yang Allah bagi pada kita adalah yang terbaik kerana Allah lebih mengetahui apa masa depanmu kelak. Tergolonglah kamu dari orang-orang yang bersabar. Dahulukanlah redha Allah daripada redha manusia. 

Firman Allah dalam surah Al-an’am: 44
……“Maka ketika mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, Kami pun membukakan semua pintu (kesenangan) untuk mereka. Sehingga ketika mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, Kami siksa mereka secara tiba-tiba, maka ketika itu mereka terdiam putus asa

See..Allah dah janji dalam Al-Quran,siapa yang sengaja melupakan peringatan yang Allah berikan,Allah akan turunkan siksaan dengan tiba-tiba,that’s why ada orang tengah bergelak ketawa tak ingat tuhan,tetapi sebenarnya dekat kampong ibu tengah dalam keadaan nazak,kadang-kadang kalau siksaan itu tidak direct kepada kita sebenarnya ia dekat dan hampir kepada kita,mungkin pada orang disekeliling kita,mungkin pada orang yang kita sayangi atau menyayangi kita,mungkin pada Negara yang sedang kita diami juga.

Jangan main-main ini firman Allah,Tuhan yang bagi kau mata untuk melihat hari ini walaupun hari ini tak ada sentuh Quran untuk dibaca,Tuhan yang bagi kau telinga hari ini walaupun hari ini kau terlepas solat subuh ataupun subuh gajoh,Tuhan yang bagi kau mulut hari ini padahal  kau mulakan hari ini dengan mengumpat orang,mengomel tentang ketaksempurnaan ciptaan makhluk Allah yang lain,Tuhan yang bagi kau hidung untuk terus bernafas hari ini padahal hari ini tak pernah terlintas pun rasa nak berzikir mengenang  segala nikmat yang diberi hari-hari.

Selalu perkara kecil-kecil begini dilepas pandang,rasa macam memang dah semulajadi perkara begini berlaku,memang hari-hari bangun tidur terus boleh berjalan,tetapi cuba bayangkan tiba-tiba Allah rentap nikmatnya pada hari ini dengan menarik nikmat kaki yang Dia kurniakan selama ini,dan pada saat itu lah baru kau rasa betapa pentingnya kaki itu,betapa pentingnya nikmat Allah,dan betapa kau selama ini tidak pernah sujud dengan rasa rendah diri dan berterima kasih pada Allah.SUBHANALLAH! kenapa masih kufur nikmat?

Betulkan niat sebelum menutup auratmu.Mengapa aku menutup aurat? Mengapa perlu aku begini?  Untuk siapa aku menutup aurat aku ini? Kenapa kaki dah ada parut kesan eksiden baru nak tutup? Itu semua adalah fitrah,Allah beri perasaan malu pada setiap diri manusia untuk menutup kecacatannya.Aurat yang lain (yang telah ditetapkan) juga adalah kecacatan,yang dianggap cantik oleh momokan barat.Kita nampak negara sahaja merdeka,minda masih lagi terjajah.Sikit-sikit nak tiru gaya korea,sikit-sikit nak tiru gaya justin bieberlah,mariah carey, david beckham, Victoria.adoyai. 
Sampai bila? Siapa tak tiru kuno? HAHA,hell awesome ayat kau. Apa dieorang boleh bagi sama kau? Tolong timbus kubur kau bila dah jadi mayat nanti kah? Boleh bacakan yasin buat peneman didalam kuburkah? Her herrrr..Bila nak puas nafsu duniawi ni??

Turunlah, bertebaranlah dan melangkahlah dibumi Allah ini kerana Allah. Sesungguhnya lembayung kasih sayangnya lebih luas dari kemurkaannya. Tambahlah ilmumu, dekatkanlah dirimu pada-Nya. Selangkah kau dekat pada-Nya, seribu langkah Allah datang kepadamu.


jumpa lagi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...