CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, July 7, 2014

Alkisah Love Letter

Ok, sekarang dah bulan 7.hihi.

Tapi baru nak update, I have give my husband the love letter.

I saw he stand his tears. mmmm.
actually i write it with full of tears also :)

Saya suka tulis love letter ni. I got this ilm from Men are from Mars, Woman are from Venus. 
Dalam buku tu kata love letter ni kadang -kadang membantu juga, sebab perempuan ni susah nak meluahkan apa yang dia rasa. Dalam rumah tangga, bahaya memendam rasa ni. Buku tu kata jugak, lelaki memang tak pandai baca apa wanita mahu. Wanita pula tak pandai nak meluahkan apa yang dia mahu. Nampak tak? Ini yang menyebabkan pasangan mendakwa bahawa mereka tak sehaluan. Tetapi sebenarnya, kita kena berterus terang dan menyatakan apa yang kita rasa kita nak cakap.

Perempuan pula selalu mengandaikan supaya lelaki membaca fikirannya. 

Satu cerita saya nak share, one of my officemate currently have faced with divorce. Dia kata dia jenis susah nak cakap apa yang dia mahu kepada bekas suaminya itu. Tentang hal rumah ataupun nafkah atau lain-lain hal. Antara cerita nya, satu hari dia kata bakul sampah dah penuh, dia expect kerja2 macamtu lelaki lah kena alert. Tapi sejak dia kahwin, suami dia takpernah bantu untuk tolong-tolong kerja rumah. Dia jadi stress.

Jadi dari cerita dia ni saya apply dalam rumahtangga, saya tak mahu jadi seperti nya. Berkenaan buang sampah, kalau saya sempat saya akan terus packed sampah dan buang. Kalau tak sempat saya akan whatsapp minta tolong husband packed dan buang. Saya dapat juga ilmu dari Prof Muhaya, Prof kata selalu puji suami, walaupun dia buat perkara kecil je bagi kita, tetapi mungkin besar bagi mereka. Pernah sekali saya minta tolong suami sidai kain, sebab rasa macam dah penat, asik aku je yang buat,hikhik.
Memang balik rumah, tengok baju dia sidai. Lepastu ucap terima kasih dan puji2 sikit. Nak dijadikan cerita lepas2 tu, bila aku tak sempat je mesti dia sidai, walaupun aku tak minta tolong. Lagi berkoyan lah kena puji kan sebab bertindak tanpa sebarang arahan..alhamdulillah..
Orang lelaki ni bukan tak mahu tolong, cuma kita kena notify mereka. 
Perkara2 kecil macam ni diorang tak sempat nak fikir. Mereka akan fikir bagaimana mahu bahagia kan keluarga? Bagaimana nak kurangkan hutang dalam keluarga.. lebih kurang macamtu la.hihi. kalau bukan semua2 ni maksudnya, mmm ntah la, kena tanya sendiri lah ya. :p

Apa2 pun, timba lah ilmu banyak2 lagi untuk rumahtangga ya, bak kata ustaz Muhammad, kalau kita nak bahagia dalam rumahtangga cari ilmu rumahtangga, kalau mahu celik dalam agama dalami ilmu agama, kalau kita mahu menaik taraf ilmu kerjaya, cari ilmu tentang bidang itu. bukan bermakna ahli agama itu automatik perfect ilmu rumahtangganya, bukan juga bermakna orang yang hebat dalam kerjayanya, kurang ilmu rumahtangganya.

Semuanya bermula dari diri kita. 












Biasa dengar quote ni kan? Tapi kita tak biasa mendalaminya..

Ok bye, nanti kita sambung lagi.

Jumpa lagi!

Assalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...