CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, July 29, 2013

Ramadhan vs Pregnancy

Assalamualaikum, Selamat berpuasa.

Minggu ni dah minggu 38, rasa tak larat sangat berdiri buat terawih, rasa pening. lepastu kaki semut2. Asyik bergerak je, batal pulak solat aku ni kang. hmm!

Saya kali ini nak tulis apa yang saya rasa ketika mengandung.

Wahai suami, 
bantulah aku. Dikala aku susah dan senang. Ringankanlah beban yang aku tanggungi sekarang ini dengan kasih sayangmu.

Wahai suami,
Aku harapkan keredhaan darimu, sebelum kepergian ku.

Wahai suami,
Aku bukanlah mengharapkan belas kasihan makhluk, tetapi adakah kau merasa aku ini bebanmu? Lebih-lebih lagi dikala waktu sebegini?

Wahai suami, 
sesungguhnya aku amat menyayangimu, aku harap Allah permudahkan urusan ku dan urusanmu, semoga Allah melimpahkannya petunjuk dan HidayahNya kepada mu. Sematkanlah dalam dadamu untuk menjaga anak ini suatu hari nanti dengan penuh perhatian darimu.

Wahai suami,
Kau banyak berkorban untuk ku, kau orang teratas selepas Allah dan ibu bapa dalam hatiku. Bimbinglah aku, bukan mengejiku, ajarilah aku, bukan mengasariku, aku minta maaf..

Okay, itu je.. 
Ramadhan ni baru ramadhan ke 21. Jangan buka lagu raya buleh tak?!

Assalamualaikum, jumpa lagi!


Pregnancy and ticking clock

This week is 38 weeks of pregnancy.

I can feel the baby's weight now, kind of heavy.

I have succeed in gaining my weight Alhamdulillah.. May Allah bless and help me and my family.
I have take some supplement also, hopefully it will help here and there in my future, InsyaAllahhhhh... :D

Raya ni, tak ada baju raya, okay la kan? Bukan selalu takde baju raya. Nanti dah sihat sepenuhnya, nak beli baju banyak2 pergi lah beli, tak de sape pun kisah! hohoo..


InsyaAllah memang banyak dugaan semasa mengandung ini, tapi saya rasa terlalu banyak perkara yang Allah permudahkan. Saya mengandung tanpa alahan, saya sihat sepanjang mengandung, saya boleh berpuasa seperti biasa, suami memahami, saya larat mengerjakan tarawih dan membaca alquran seperti biasa, baby sihat, syukur ya Allah..

Kalau fikir balik, apalah yang pernah aku lakukan sebelum ini agaknya sampai Allah permudahkan urusan aku. Banyak sangat nikmat nya aku tak terfikir. Rasa malu betul dengan Allah..nak doa minta macam2 pun rasa tak terminta, sebelum diminta lagi sudah diberi, baiknya Allah :))))

MashaAllahh, nama pun tak terpilih lagi.
busy sangat ke aku ni, hishh. nyampah!

Ok jumpa lagi!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...