Saya tak tahu apa yang menghantui fikiran anak-anak kecil seperti saya dahulu, sehingga sekarang masih takut untuk bertanyakan soalan.
Masih berasa adakah relevan soalan ini? Adakah soalan ini akan dilayan?
Adakah aku seorang sahaja yang lambat pick up?
Adakah cikgu faham dengan soalan yang ditanya, dengan susunan ayat diri sendiri?
Ya, itu lah masalah masyarakat melayu dari dulu hingga sekarang, saya tak kaji lagi kaum lain macam ni jugak atau tak.
Apa pun, sikap ini sungguh negatif. Dan jangan halang anak - anak anda untuk bertanya dan jangan jemu untuk menjawabnya, tatkala anda memiliki anak nanti ya. Supaya mereka tahu betapa anda menghargai persoalan mereka.
Thanks!
jumpa lagi!