Alhamdulillah.. sudah hari ke 47.Dah habis berpantang, yeayy! I'm feeling better right now, rasa sakit dekat rahim dah kurang dan hampir taksakit dah. Badan pun dah rasa stabil sikit. Cuma biasalah, kena pulihkan rahim betul-betul. Untuk masa depan yang lebih cerah..huhu.
Apapun, harini nak review sikit tentang tempat pilihan bersalin kali ini. Sofea, anak pertama, saya pilih untuk bersalin di DEMC, shah alam. Untuk anak ke dua ni saya memilih untuk bersalin di Hospital UMRA, shah alam. Siapa yang tak tahu landmark hospital ni, adalah stadium shah alam.Sejak check up 8 bulan saya dah mula check up di hospital ini, Banyak betul masa terbuang sebab lama menunggu, even orang kata "dah tahu lama, bawa la bahan bacaan, makanan-makanan sementara menunggu, tak adalah bosan atau rasa lama." Masa itu emas, setiap saat itu wang. setiap saat tak akan kembali, jadi walaupun saya bawa bahan bacaan saya tetap terasa waktu saya terbuang. Datang check up jam 8 pagi, settle jam 12 tengahari. Mungkin mereka perlu upgrade system mereka, Maybe..
Waktu scan pula, pakar scan goncang-goncang perut, sepanjang saya mengandung takpernah ada orang berani buat macamtu. Saya sendiri tak pernah tolak2 perut sendiri nak bagi baby bangun katanya. Aduhai, sakit pulak tu. Saya rasa stress sangat. Waktu CTG(ujian graf untuk degupan jantung bayi) juga serupa walaupun orang yang lakukan ujian berlainan. Another stress I have to face. Sepanjang saya check up dan mengandung anak pertama takpernah lalui pengalaman hampeh sebegitu. Rasa sedih pun ada, bila cerita dengan husband, dia kata. "takpela, mungkin pakar lagi tahu." Lagi la rasa sedih, kena tanggung sorang-sorang rasa frust itu.
Bila jumpa doctor,
semua okay, doctor sangat peramah
baik dan caring. Staff nampak macam
banyak tak tahu,
mungkin kurang training. Tapi jangan risau staff pun okay,
banyak membantu alhamdulillah.
Ok,
habis tentang check up.
Tibalah waktu untuk bersalin. Kali ini saya
takbersalin pada due date,
lambat 3 hari. Pada hari tersebut, jam 5.30 pagi. Saya rasa taksedap hati. tiba-tiba air banyak sangat keluar takberhenti, tak sakit tapi rasa risau dan rasa nak menangis.
terus kejut husband
cakap "air
banyak keluar. Rasa-rasanya air ketuban," terus melompat husband ambil towel dan bersiap-siap. Saya nampak husband call family dia untuk datang jaga Sofea yang masih nyenyak tidur atas katil.
Maklumlah kali pertama air ketuban pecah,
masa Sofea
dulu induce,
semua doctor yang
buat, air
ketuban pun doctor yang
tolong pecahkan. Jadi kali ni sangat menggelabah, taktahu nak buat apa bila air ketuban keluar sendiri.
Adik ipar terus datang rumah jaga Sofea, aku dan suami terus ke kereta untuk berdesup ke hospital. Sesampai di sana ada pak guard je, kaunter tiada orang, staff tidur hagaknya.
Cheh! Okay
,takpe. Dalam perjalanan saya whatsapp doctor yang berbunyi "Doctor, air ketuban dah pecah, saya harap doctor ada pagi ni". Doctor reply "Ok, don't worry, u masuk
labour room
dulu."
Labour room
dia kecik je.
Muat 2/3
orang je.
tak macam DEMC. Check
jalan baru 2cm. Nice, kalau nak bersalin
kena 10cm
kan? So,
aku mengucap panjang. Lama
lagi la
ni kena tunggu
.erk. Dalam sejam duduk dalam labour room ada staff datang tanya, nak bilik 2 beded non sharing atau VVIP. Husband
kata 2
beded.
Bila check2,
bilik yang kami
minta penuh, so change request.
Ambil bilik VVIP. Alhamdulillah ada juga bilik, sebab ramai orang cakap takut nak bersalin UMRA takut tak ada bilik.
Lepas satu azab.
Beberapa jam lepas rehat-rehat kat wad tu, ada staff india masuk meluru. " Encik, Encik kena jelaskan deposit dulu ya RM2000". Husband dengan sabar cakap kami guna GL, dan terus bagi GL kat perempuan tu. Staff
tu terus beredar. Pagi tu check in tak ada sarapan,okay boleh sabar lagi. Mungkin sebab ad hoc,tiba2 masuk wad. Staff
tak arrange
makanan. Sampai dah pukul 12 tengahari takde makanan, husband dah fikir nak pergi beli kat luar. Saya cadangkan
panggil staff
berkenaan makanan. Bila staff datang, semua kata tak tahu. See...memang aku banyak sangat bersabar duduk wad ni. Staff UMRA kata kami akan panggil orang yang incharge bahagian makanan. OK
,fine.! Tunggu punya tunggu datang la seorang perempuan, dia kata bilik package VVIP ni tak include makanan, sebab harga termasuk makanan masih dalam perbincangan. Dalam hati aku "kepala hotak kau dalam perbincangan, kalau patient bermalam tu memang kena include la. My husband membebel2 menyatakan rasa kesal sebab aku tak makan lagi, nak beranak tak ada tenaga,blablabla. Staff
tu pun
hangguk-
hangguk. Lastly
dia tanya, ok,
disini tiada menu
orang berpantang ya. *Dalam hati aku, aku pun tak bersalin lagi, bagi je la makanan.hampeh tol!* "Menu cuma ada ikan atau ayam sahaja, boleh pilih" Husband aku laju jawab, "tolong sediakan menu ayam je, sampai dinner".
Sesampai makanan. IKAN.hamaigod Staff ni seriously laa...Oleh sebab aku bukan jenis memilih makanan, aku makan je. Husband
aku dah geleng kepala. Begitu juga dengan dinner, menu IKAN juga yang sampai.2 pilihan je pun, IKAN atau AYAM, apa yang mereka susah sangat nak buat?!
what the fish
Aku bersalin jam 7.52 pagi. Aku rehat sekejap dan cakap dengan husband nak balik harini jugak. OH yes? why? because i'm sick of blur people there! Bila kita sakit, kita tak perlukan orang-orang yang sakit mental untuk menjaga kita ya.. semakin sakit mak dibuatnya..
Alhamdulillah jam 5 petang baru settle semua. Doctor bagi keluar sebenarnya jam 12 tengahari, tapi sebab settlekan GL yang staff dah hilangkan, pukul 5 petang baru settle semua. oh my God, Can we have some vacation. I need to breathhh!
Ok itu sahaja pengalaman saya, semua yang saya kongsikan tiada tokk tambah lansung, dan apa yang saya alami, kongsi pengalaman anda pula?
Assalamualaikum jumpa lagi!