CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, December 22, 2011

Kurang kasih sayang

Mak orang : Aku dah gemuk lah, macamana ni

Anak Dara : Syukur je lah. 

Mak Orang : Tapi memang menaik la berat badan aku ni, ni haa,kau tengok bahagian perut ni. 

Anak Dara : *ala,kau kan dah pernah beranak kan 2 orang manusia, kira okay la tu,siap ada shape lagi,ko nak aku cakap kau masih berbadan boleh setaraf anak dara  macam aku kan? puih.sampai mati hidup balik pon aku tak kan cakap* #dialog dalam hati dalam kiraan 1 hingga 1/2 saat.#

Dialog betul : Berapa berat sekarang? *melayan jugak,nak jaga hati*

Mak Orang : 55

Anak Dara : Okay la tu, bukan semua ibu boleh maintain kan.  :) *senyum kambing,yang lebih manis dari kambing*

Mak Orang : Tapi malam tadi makan bla bla bla jimbit apa, pagi tadi lagi dah sarap bla bla bla sampah sarap. her her her *gelak mintak puji*

Anak Dara :  Ohh,wah yaka. *macam orang berbadan dua pulak ye makan bebanyak,tapi bukan laki kau dah tinggalkan kau ke*  #Dialog 8000 meter per saat.#
Okay laa tu kak.

Mak Orang : Keekekekeke


What are you trying to prove actually makhluk? That's why sometimes I hate to have conversation with someone's older, it's really hard to fine the great words*for them, i guess :P*

Lagi pula topik tak menarik dan ganas, kalau dah ganas tu ganas sangat pula, siap cerita 18sx,  dimanakah terletaknya hormatnya terhadap umat yang belum berkahwin ini. Tahu lah kau gersang, malas nak masuk campur kisah kau.

Lagi yang tak menarik adalah, cerita macam betul semua,meletup2. 

Lagi adalah, semua mengenai kau tak menarik. oleh sebab itu lah sesungguhnya aku tidak tertarik untuk mengetahui lebih lanjut,sekian terima kasih.



p/s: Jadilah seorang ibu yang humble, disayangi anak-anak anda dan anak orang lain seperti aku, beri nasihat kepada orang-orang yang lebih muda. Bukan hal duniawi yang cliche dan bosan macam kau bangkitkan sebentar tadi.
 boleh aku bakar kau? 

selamat malam :P



jumpa lagi!

Tuesday, December 13, 2011

Mana lagi kau takut

Islam itu indah, mengapa perlu kau hancurkannya?
Padahal apa yang tersirat nya tak pernah kau fikirkan,
bukan kah Islam agama untuk orang - orang yang berfikir? 
Sedangkan mahu makan pun perlukan berfikir, apa mahu dimakan, halal kah, dimana kah,bila kah,
Inikan pula didalam langkah mu menongkah arusan dunia yang belum tentu bila berakhirnya

Berhati hati lah,
hidup ini ibarat berjalan di padang pasir yang penuh duri
Sudah tentu sahaja kita terlihat duri bersepah -sepah takut pula tersepak-sepak,
Begitu juga dunia ini,
berjalanlah laluinya lah dengan penuh hati-hati, takut - takut terlanggar pula larangan tuhan. 
orang kata berbuat dosa dengan Tuhan bertaubat sahaja kerana Tuhan itu Maha Pengampun, 
sedangkan manusia meninggalkan dendam dan susah memaafi sesama manusia,
jadi? adakah itu menjadi suatu peluang untuk kau berbuat dosa sesuka kau,
di kemudian hari bertaubat kerana yakin sudah tentu- tentu Tuhan akan memaafkan kau? zaman apa kau punya pemikiran ini? 





jumpa lagi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...