CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, August 6, 2014

Tempat tinggal boleh mempengaruhi kita, tahu!

Assalamualaikum..

U olls duduk dekat rumah yang jenis macam mana? rumah batu ke rumah papan ke? hee..

Itu soalan masa permainan tangan dulu masa kecik-kecik. Permainan lukis bentuk tangan tu..ingat lagi tak? kihkih.

Okay la, Disini aku nak cakap sikit berkenaan jenis tempat tinggal kita. Sekarang ni macam2 jenis rumah kita tengok dan dengar dan rasa. Apapun ia, ia adalah keperluan asas. Aku pernah merasai duduk dalam kawasan flat. Aku rasa tak selesa sangat, begitu juga dengan keluarga ku. Buka-buka pintu depan terus nampak rumah jiran belah depan, kalau bukak pintu kena watch out. At least kena bertutup-tutup sikit, manalah nak tau, jiran depan pun nak keluar jugak, terserlah pula aurat =o='

Lepastu anak jiran menangis terpekik terlolong pun rasa dekat je, macam dalam rumah sendiri.. acane? selesa gitu?

Masyarakat disitu baik-baik, cuma biasa lah flat. Fikiran mereka macam tertutup di sesetengah perkara, aku cuba amati. Surau disitu agak kesian, ada kaum adam yang menguruskan tetapi hanya tinggal ibadat dan adat sahaja. Tiada program yang mengajak penduduk dekat dengan surau dan masjid, kaum hawa atau kaum ibu pula kebanyakan disitu adalah suri rumah. Kalau kaum ibu hancur, satu keluarga pun hancur. Boleh relate tak kat situ? 

Kawasan flat ni boleh dikatakan golongan yang berpendapatan cukup-cukup makan sahaja yang mendiaminya. Ada juga pasangan baru berkahwin memilih untuk tinggal di kawasan pangsapuri. 

Parking pula tidak menjadi masalah bagi kami, kerana bahagian rumah kami di bahagian terakhir bangunan, jadi tak banyak kereta parking disitu. Terdapat 3 bilik, kawasan rumah kami diatas bukit, maka dalam rumah sejuk. tidaklah panas. Jarang sekali kami tidur di ruang tamu. Masalah sampah juga tidak menjadi masalah, mungkin kerana penduduk agak educated, hmm. itu subjektif. Ada juga orang educated pengotor kan? haha. Kami tiada masalah lif juga kerana flat itu tak berapa tinggi. paling tinggi pun 4 tingkat. jadi semuanya tangga.

Masalah sekarang tangga busuk, jadi tempat lepak entah siapa-siapa, kucing siapa atau kucing kurap bebas kencing merata-rata. I don't like that situation, i need fresh air and privacy. Bila kita bela kucing, kena hati-hati la, jangan lah sampai menyusahkan jiran. Atau membuatkan jiran rasa tak selesa. Ini selalunya susah untuk dilakukan bagi pencinta kucing. Kami ada bela kucing juga, 1 je. Kucing tu baik la, tak pernah berak dalam rumah atau rumah orang lain. Tapi dah mati. Tak nak cerita la kisah kucing tu mati.. sedih..huuu..

Aku juga pernah duduk kawasan teres lebih lama dari jangka masa aku diami flat, jadi aku sangat selesa dengan kawasan yang tenang dan luas example kawasan teres. Rumah sebiji dikampung lagi best dan sangat privacy. Itu tak boleh banding dengan teres. Ok, takpe. 

Perbandingan disini Flat vs Terrace. 

Masalah Flat

-parking : parking sini, ada yang drebar lori bawak parking lori, ada orang bawa teksi, bawak mai parking teksi, lepastu ada kereta rosak dah takde tayar pun, takde sape nak panggil longkai ke kan mintak sapu je bagi bersih semua besi buruk tu, adoi. Aku rasa nak maki je. Pakkal je ingat tuhan.

-gejala sosial : Aku nampak mak bapak kat sini tak ambil kisah sangat anak remaja mereka, bukan tak ada yang cakna, ada. Ini mahu cerita yang tak cakna. So, kalau mak bapak hancur, anak tinggal apa? tinggal serpihan je la~

-masyarakat rendah akhlak : masyarakat kat sini, aku tengok dah la tak berapa nak kaya, malas menderma, surau dana sikit, yang datang ceramah boleh kira, waktu subuh lagi lah boleh dikira. Time majlis, aku tengok qoriah surau pun jenis cakap terpekik2. Apa kau ingat sini pasar?  Bila aku dengar ada hadis yang menyentuh karakter nabi, "baginda bukan jenis manusia yang bercakap kuat dan berteriakan di pasar-pasar. " Aku terfikir balik, qoriah ni takpernah baca tentang karakter nabi Muhammad kah?


-masalah sampah : sampah ni dah macam perkara lazim, dalam lif pun ada sampah, di tangga ada sampah, kawasan ni pula ramai masyarakat india, mabuk2 muntah di tangga. siapa nak bersihkan semua tu syaiton? mak bapak kau ke? Bila pertama kali aku datang flat ni aku rasa ada bau yang tak menyenangkan. Bau flat? boleh tak dikatakan begitu?
Flat memang bau busuk ke? ish3. Dah hampir 2 tahun aku duduk sini, aku pun macam nak terikut orang2 pengotor ni buang sampah merata-rata which i never do that before. Bila kita dah terlalu biasa sangat dengan persekitaran yang macam tu, kita pun jadi macam sebati tau? faham? Rasa macam buang sampah tu takde effect apa2 pun. Perasaannya begini "Aku sorang je yang tak buang sampah merata2, tapi sampah berlambak jugak, sebab semua orang pun bodoh, buang sampah merata2, so baik aku pun buang je, dah alang2 kat situ ada sampah" Boleh ke gitu? Aku tak faham kenapa aku boleh fikir sampai ke situ. Sebab dah lama sangat minda ni tak dibersihkan. Hari- hari menghadap masyarakat yang kotor, takconcern tentang persekitaran. ok!


-masyarakat tidak tinggi IQ dan tahap belajarnya : Ni aku tak dapat nak ulas panjang tapi aku berpendapat begitu

-Lif (jika ada) : Lif kat sini ada 2 je, satu dah rosak setahun lepas. Dulu sekali masa mengandung dua-dua lif rosak. So kena naik tangga, rasa nak menangis menapak sampai tingkat 10. Sampai sekarang 1 (satu) lif sahaja yang berfungsi, pihak pengurusan tak mahu baiki dengan alasan taksemua penduduk membayar wang maintenance. Ada aku kesah ke? Aku nak pindah dan aku malas nak argue perkara bodoh, sebab aku tak mahu jadi orang bodoh. Paling nak marah bila tertinggal barang kat atas, kena tunggu lif lagi, kena pergi masuk rumah, tunggu lif lagi. Benda simple jadi lama dan membazir masa. 

Kebaikan Flat

-Murah
-Simple

Masalah terrace

-Kalau dapat jiran yang suka memekak, berkaroke sampai tengah2 malam, bersabar je la aek. kehkeh
-nak baling mecun bola kena jauh2, jangan depan rumah. 

Kebaikan Terrace

-Dekat dengan ground
-selalunya taman, mesti ada playground terdekat
-bersih sebab tak kongsi koridor dengan jiran sebelah
-more privacy
-Jarang ada masalah parking
-Penduduk educated, sebab bukannya murah kan, so nak beli tu at least gaji kena more than 3k. Kalau kerja kerajaan kira dah masyuk tu 3k. So Kalau yang menyewa pun tak mungkin dapat rm 400- rm 500, mesti lebih. So tangga gaji di takat itu semestinya bukan dalam kalangan buruh kilang atau macai2 biasa. selalunya macai versi berpengalaman dan berpengetahuan kata orang.ihhi.

Kesimpulannya, di mana tempat tinggal kita sedikit sebanyak mempengaruhi karakter kita, watak kita, sebab persekitaran kita itu sendiri boleh mempengaruhi diri kita.

Sebagaimana juga , kata opick, jika mahu ubat hati harus bergaul dengan orang-orang soleh... (persekitaran)

Wallahualam..

Jumpa lagi!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...