Malam menunjukkan pukul 9.30 malam,
saya siap sedia hendak tidur. Pergi ke sink dapur, mahu cuci muka. Pappp. terpandang seekor cicak muka menghadap saya. Beberapa kali berulang alik dari ruang tamu ke dapur, berfikir.
Nak halau, atau mahu dibunuh (*baca ketuk guna benda keras!) sahaja?.
Kalau halau kalau di lari ke arah aku bagaimana? dah la cicak laju, sempat ke nak lari?
pilihan ke dua bunuh. Nanti cicak tu penyek, mengeluarkan cecair yang mengotorkan bahagian dapur, lalu aku geli pula mahu membersihkannya.
ohh, hampir terlupa. aku ada pilihan ke tiga.keh keh
"Awak, tolong halaukan cicak kat dapur tu, sebelah sink. Dia tengok ke arah saya dan masih hidup." dengan muka penuh pengharapan.
"Ish.. cicak pun takut ke." suami yang disayangi :)
Beliau bangun dan saya lihat dari jauh, dia macam shuh2 cicak tu. Moga2 cicak tersebut pergi jauh dari hidup saya.aminn.
Cuci muka dengan perasaan gementar dek kehadiran cicak hidup tadih.Takut ianya kembali.LOL.
Sapp, sapp, sapp. siap! Tidur.
Tapi kali ini dia terbalik. Eh?
Semalam my sayangs bunuh dia(*baca cicak semalam) kah?
Buat buat bertenang dan capai pencuci muka perlahan-lahan...
glettt glett gletttt.. dia terbalikkan badan dia seperti normal pula.
Melompat gua, bukan takut cuma terkejut :P
Husband yang sedang tidur terjaga dan terus kehairanan. Dalam kegelapan rumah, saya melihat dia dari dapur..
"Kenapa ni, kenapa ni!"
"Kenapa cicak tu hidup lagi? tolong buang.." (==')
"Erghhhhhhhhh... Ingatkan ada apa tadi"
Dalam hati saya,"kesiannya my sayangs, terkejut dia."
Saya terus ke ruang tamu, nampak dia terus buang cicak ke luar tingkap.
Dalam hati legaaaa campur rasa bersalah.
Cicak selalunya berada di atas, tapi kali ini dia berada di kawasan yang dekat dengan kita, jadi saya macam tak boleh terima yang saya sebenarnya agak takut dengan haiwan lembik ni.sebelum ni saya nampak cicak kat atas, tak ada lah takut sangat.adohai..
Tapi sebenarnya apa yang saya nak sampaikan disini. Kaum adam jangan lah takut atau geli atau apa sahaja terms yang relevant disini pada haiwan-haiwan ya. Untuk contoh disini, lipas,lipas yang terbang especially,cicak, kumbang hitam yang boleh terbang-terbang, kupu-kupu besar yang gemar memasuki rumah, juga apa sahaja jenis haiwan yang menakutkan.
Kerana saya sebenarnya ingin mengatakan saya sangat terharu dan berbangga dengan suami saya sebab he made my scared fade away.ekehkeh.
I love my husband, a lot! Muachaa
Mudah bukan? anda tidak perlu menumbangkan pokok atau membanting tulang,atau meredah hutan atau berlayar di lautan antartika. Hanya dengan membuang haiwan yang menakutkan anda akan lebih disayangi isteri. kih kih
Take note: Ingin disayangi? bantulah isteri anda membuang atau menyingkirkan haiwan yang menakutkan dirumah anda.
Sekian. Jumpa lagi!
Assalamualaikum.