CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, October 26, 2013

Tart Nenas

Ini tart nenas. Sebelum berpantang haritu ramadhan. Jadi aku beli sesaje tart nenas  supaya masa berpantang nanti aku tak rasa nak makan.haha

And yes, I did it. Masa aku berpantang adalah 8 syawal.org lain masih makan kuih raya tapi aku tak rasa lansung nak makan.jadi usaha aku makan tart banyak2 masa pregnant berjaya. HAHA

Sekarang sofea dah pun 2 bulan.. cerita masa prenant, masa bersalin pun tak sempat nak cerita kan? Hihi.. tak apalah. Apa yang penting sofea sihat, papa pun sayang pada ibu sebab ibu dah kurus dan cantik semula.hahahaha *talktothehand*

Bye . Assalamualaikum

Jumpa lagi!

Wednesday, September 25, 2013

Alahai izzue islam

Tadi tengok mahligai cinta. Kemudian disiarkan izzue islam punya majlis perkahwinan..

Alkisah beliau berkenalan dengan isterinya sebab isterinya ada membuka salon bersebelahan dengan restoran miliknya atau milik keluarganya*aku tak pasti, kehkeh*

Nak dijadikan cerita, isterinya selalu memesan makanan di kedainya, dan kadang2 izzue islam membuat delivery*saje je nak delivery2 kan, haha*, hantar makanan yang dipesan ke salon. Begitu lah berputiknya titik perkenalan mereka..

Tiba2 aku terfikir, kalau aku yang buka salon sebelah restoran beliau, maksudnya? Agagagaga

Entah pape punya fikiran.

Ok.jumpa lagi!

Assalamualaikum.

Saturday, September 14, 2013

Aduhai sayang

Tadi belek2 gallery dalam phone, banyaknya gambar baby sofea.hohoo!
Dulu asik amik gambar hubby je.mana gambar dia sekarang? Hiks.

Ok lepasni nak amik gambar papa pulak :) adohai.

P/s: seimbangkan kasih sayang.

Thursday, September 12, 2013

Daughter

Alhamdulillahh..

I'm getting better now, cehh.. update pasal diri pulak.macam la ada orang kesah.ahaks

Okay la, ni ada masa sekejap je. Lepasni busy balik.. malam ni ada kawan2 dari PJ nak datang, kawan2 husband juga, lepastu husband saya kata nak bawak sekali mak mertua dengan ayah mertua datang nak jumpa atok dengan tok bak yang ada kat rumah mama ni, baru je sampai dari kampung 2 hari lepas, kawan2 mama pun tetiba mesej malam tadi nak dtg,ohok! *batuk tertelan cicak*

Semuanya kebetulan, alhamdulillah, semua datang sekali senang, layan semua orang sekali gus, meriah2..

eh, eh kat mana tadi.

Saya update gambar baby dalam instagram dan facebook je. Now she almost 1 month :)
Sekejap je masa berlalu, papa dia duduk rumah. Jadi weekend husband. Weekend baru dia datang sini untuk sama2 together2 dengan kiteorang. Sedih kitee.. :(

Tapi takpe la, dia pergi kerja, bukan pergi berjudi.wokaka!
Ok, enough2..


Here it comes. My baby,my daughter. Copiaa...

Itu mama punya tangan pegang, 2nd day kot tak silap. hehe.

Lupa la, masa dari hospital pulang ke rumah pun saya tak pegang baby pun, physcho kan? huhu

Saya masih sakit, dan saya rasa macam tension lah nak jaga baby ni.. jadi saya perlu tenangkan diri. Lagipun ramai yang tawarkan diri untuk pegang baby.. alhamdulillah lah. Rilek sikit..

Ok lah, nanti saya update lagi. In God will...

Assalamualaikum!








Sunday, August 25, 2013

Always in memory

Last 14 August 2013. It was a ''nightmare''.

It comes and go. I was warded on 13 August because I cannot control the pain. It's called contractions, it has really come and go (exactly the same like article about pregnancy, I have read before). I was really nervous alone at home and cannot focus on whatever I do. I take some rest but the pain still comesssss and then go like nothing happen before.

I manage to inform my mother in law, so I am packing my things and go to my mother in law's house, just walking distance only. So lucky.. :)

TIK TOK TIK TOK...

Only my father in law and sister in law in the house, so I told them that I wanna stay there because I feel not well. The fathers told me to go to hospital now, so I'm just saying.. "Hmm, okay juga. " I'm a bit awry cause I don't feel like wanna have delivered yet, but I feel not feeling well. I'm sick and cannot control when the pain comes.. 

So just stay that night at DEMC shah alam. My husband accompanies me. I keep thinking about what will happen tomorrow.  I feel so afraid. The Doctor starts to check the delivered way, hmm. baru saya tau macam tu ke check jalan. Ok +_+ . I don't like it. Feel pain and inappropriate.

1.5cm only that day.

14 August 2013

Induce pill was placed in my uterus. At 9am.Weird. Well,  don't have any experience right :)
Doctor budgeted that 2pm after this I will going to deliver. I take my rest on ward back. Waiting for 2pm, or any contractions.

2pm...
Still nothing. I don't feel any contractions, my mother in law told me to discharge if there's nothing I feel after 6pm, hmmmm. (sebab sakitnya datang2 dan macam belum serious untuk bersalin)...kidding me. First baby kot, mesti la takut. I think I better stay.

Well. I don't know. I just pray to Allah and Allah know what's inside me. I said to myself  to keep praying to Allah and have a safe future. And again told the baby to keluar dengan selamat dan cepattt ;) Lagipun dah lama sangat saya menahan sakit, dari semalam, and then it keeps coming and go until the next day.

The clock keeps on moving,  the baby still doesn't show the sign to "move out" from her heavenly place. wuwuwuwu. It's already 6pm, I can feel the contraction again and again. Doctor said the interval was 1 minute. 

Ohh, sebelum terlupa sementara menunggu contraction dari pukul 9am until 6pm tu, my husband aunt ada bagi petua, dia called suruh buat air teh, lepastu campur telur mentah. It's called TEH TELUR (TELO, ekekeke). minum. Dengar macam meloyakan!
Dua kali juga saya sempat minum, pagi dan tengahari. Rasanya tidak lah begitu teruk, hanya rasa teh yang tidak dibubuh gula je. Not more than that, tak rasa pun telur mentah yang dibayangkan tadi, hukhuk!

Apa pun, semuanya hanya ikhtiar sahaja supaya mudah bersalin dan baby pun cepat rasa nak keluar..

The clock shows 9pm. I am suffering cause of the contraction. Doctor telah pun membantu memecahkan air ketuban jam 730pm tadi. I can recall that moment one by one, I feel so nervous, I cannot think other than Allah and cry.. I look my husband, he looked panicked but calm. He looked nervous but still gave me the positive thinking, keep whispering to me the positive word, he guides me to zikr, he told me to keep holding on. He said "U kena tahan sakit sikit ya, tak lama dah, tak lama dah"

Rasa nak jerit kuat2, tapi teringat pesan mama. Jangan menjerit atau menangis, it really2 makes you lose your energy to push out the baby. I try to handle the saddest feel. I keep in focus. I think the doctor giving me a heroin injection, because I feel so sleepy and cold. 

Tepat jam, 9.50pm, lahirlah seorang bayi. Beliau telah lama duduk didalam perut. Semakin lama beliau semakin berat jadi saya sangat penat dan keletihan membawanya. Akhirnya beliau keluar. Menangis kerna menangisi perjanjiannya dengan Tuhan yang Maha Agung. 

Allah itu kuat, Aku berserah diri pada Allah, Alhamdulillah.. Hebat sungguh Allah..
Aku melihat seorang bayi yang dipegang nurse, mereka menunjukkan bayi tersebut pada ku..
Ya Allah, ini orang yang duduk dalam perut aku..hmm.. sakitnya.

Aku terus menangis, kesakitan masih terasa. I really need a rest. Rasa penat sangat, kaki dan tangan. Aku nampak bayi samar2. I try to sleep. But the pain memory comes again and again, it makes me uncomfortable and need some strength from my loved one.. I wanna hug all people around me, but I didn't have enough energy to do so. I called my husband and my mum, hugs and cry. That's the only things I'm able to do. I want them to know how I feel, how the release is, how I'm feeling great even I'm in pain :)

That's some of my deliver story. 

I'll update next about the sweety baby, sheee.. What? She? 
Yup! SHE likes staying in my tummy :)

Thanks a lot!

Assalamualaikum. Jumpa lagi!












Monday, August 12, 2013

Feeling weird deliver baby

This week is week 40's  of my pregnancy.

But then still didnt feel any sign to deliver, hmm. so afraid.

I'm staying near my mother in law house, so my husband not too worry when i'm alone at home. 

Last 2 days I have deliver my baby.woha!

Saya bangun pagi pagi je, pusing kan badan rasa ringan, saya pelik terus terjaga dalam keadaan terkejut.  
Tengok tengok baby dekat sebelah masih dengan tali pusat dan nafas perlahan. Tiada seurat benang dibadannya.Mungkin sebab sejuk, aircond di bilik masih terpasang, sebabnya saya suka tidur sejuk sejuk. :DD

Saya terus angkat baby, kejut semua orang yang ada dalam rumah. Saya nampak mama tengah tidur, terus saya kejut tolong hantar saya pergi hospital sebab baby dah bernafas perlahan, saya bertindak kejut semua orang tapi kurang pasti mana suami saya??
Kenapa saya tak nampak dia? Apapun, dalam fikiran saya kena selamatkan baby yang tengah kesejukan itu dulu.

Dalam pada itu juga saya terfikir, bestnya dah bersalin, ringannya badan saya, boleh lompat-lompat.yeayy!

Dah sampai situ saje ceritanya!

Apapun itu semua hanya lah mimpi.

Saya bangun pusing kan badan, kenapa rasa berat semula. Okay. Semuanya mimpi saje,ahaks.


**************

Another few days to reach the day. Doctor will induce me this week, if I didn't feel any sign to deliver. Any how, I want to deliver by normal way. I keep doa to Allah to give me the strength and chance to deliver my baby normally... :) And have a healthy, active and pretty baby :) aminn..

Hopefully daddy will happy with your existence sayang :)


Assalamualaikum!


Sunday, August 11, 2013

Forgot it's Raya

Today. This morning I woke up and suddenly I feel sad... I look at my husband beside me, he still asleep. I have Him and him, why should I sad??

The word's of Prof Muhaya comes into my mind through the air, "once you woke up in the morning you feel sad, not feel blessed, means that you have a lot of sin and need to repent.. "

Quickly wake up and go perform a solat sunat, whatever solat in my mind I just do it. And keep do it. my tears never stop until I recite the do'a. I report to Allah.. I feel sad, but I don't know why. Maybe I need some rest and peace of mind. Maybe I have think too much. heee..

I report to Allah everything I feel, I know Allah know how I feel, just wanna re-mentioned and make Him give His love to me :)

Last Saturday, mama come to my house. I feel so happy :)

I can meet my siblings... I'm missing all of them. Alhamdulillah...

Happy Raya everybody :)


Assalamualaikum!


Monday, July 29, 2013

Ramadhan vs Pregnancy

Assalamualaikum, Selamat berpuasa.

Minggu ni dah minggu 38, rasa tak larat sangat berdiri buat terawih, rasa pening. lepastu kaki semut2. Asyik bergerak je, batal pulak solat aku ni kang. hmm!

Saya kali ini nak tulis apa yang saya rasa ketika mengandung.

Wahai suami, 
bantulah aku. Dikala aku susah dan senang. Ringankanlah beban yang aku tanggungi sekarang ini dengan kasih sayangmu.

Wahai suami,
Aku harapkan keredhaan darimu, sebelum kepergian ku.

Wahai suami,
Aku bukanlah mengharapkan belas kasihan makhluk, tetapi adakah kau merasa aku ini bebanmu? Lebih-lebih lagi dikala waktu sebegini?

Wahai suami, 
sesungguhnya aku amat menyayangimu, aku harap Allah permudahkan urusan ku dan urusanmu, semoga Allah melimpahkannya petunjuk dan HidayahNya kepada mu. Sematkanlah dalam dadamu untuk menjaga anak ini suatu hari nanti dengan penuh perhatian darimu.

Wahai suami,
Kau banyak berkorban untuk ku, kau orang teratas selepas Allah dan ibu bapa dalam hatiku. Bimbinglah aku, bukan mengejiku, ajarilah aku, bukan mengasariku, aku minta maaf..

Okay, itu je.. 
Ramadhan ni baru ramadhan ke 21. Jangan buka lagu raya buleh tak?!

Assalamualaikum, jumpa lagi!


Pregnancy and ticking clock

This week is 38 weeks of pregnancy.

I can feel the baby's weight now, kind of heavy.

I have succeed in gaining my weight Alhamdulillah.. May Allah bless and help me and my family.
I have take some supplement also, hopefully it will help here and there in my future, InsyaAllahhhhh... :D

Raya ni, tak ada baju raya, okay la kan? Bukan selalu takde baju raya. Nanti dah sihat sepenuhnya, nak beli baju banyak2 pergi lah beli, tak de sape pun kisah! hohoo..


InsyaAllah memang banyak dugaan semasa mengandung ini, tapi saya rasa terlalu banyak perkara yang Allah permudahkan. Saya mengandung tanpa alahan, saya sihat sepanjang mengandung, saya boleh berpuasa seperti biasa, suami memahami, saya larat mengerjakan tarawih dan membaca alquran seperti biasa, baby sihat, syukur ya Allah..

Kalau fikir balik, apalah yang pernah aku lakukan sebelum ini agaknya sampai Allah permudahkan urusan aku. Banyak sangat nikmat nya aku tak terfikir. Rasa malu betul dengan Allah..nak doa minta macam2 pun rasa tak terminta, sebelum diminta lagi sudah diberi, baiknya Allah :))))

MashaAllahh, nama pun tak terpilih lagi.
busy sangat ke aku ni, hishh. nyampah!

Ok jumpa lagi!




Wednesday, June 26, 2013

Pregnancy and Rindu baby ;)

Today is 33 weeks of pregnancy.

Agak berat juga baby ni nak bawak pegi mana2, nak sujud pun susah. Rasa nak meletop perot,ahaks. Overrr.. Tapi sebetulnya memang tak boleh nak sujud, jadi sujud syarat sahaja di kala ini.

Lagi 1 bulan lebih sebelum melihat little sweetheart ini :) Saya nak cium dia hari2, hihhi :)

Barang- barang bayi belum habis beli lagi. Dalam kepala otak nak tengok baby je.. :)

Di kesempatan ini nak cerita sikit ;)

Semalam saya dengar radio ikim fm. 
Ada seorang pemanggil perempuan, mengatakan dia seorang isteri kedua. Dan perkahwinannya dengan suaminya adalah secara rahsia.Isteri pertama suaminya dan ibubapanya sendiri tidak mengetahui perkara tersebut. Jadi dia tanya, adakah wajar dia berkorban demi kebahagiaan isteri pertama suaminya..

Eh, eh.. aku pelik sekejap.

Siapa yang berkorban kepada siapa ni sebenarnya,aduss..
macam2.. Para wanita, para sahabat, para lelaki, tambahlah ilmu ya. Jangan beramal dalam kejahilan.


Jadi Prof menjawab, yang pertama, syukur kerana telah dikurnia jodoh. Ramai orang nak kahwin tak dapat atau bermasalah.

Keduanya, kenapa perlu berahsia. Kelak jika dikurniakan anak, anak itu perlu dimaklumkan dengan keluarga atau anak-anak isteri pertama suaminya bahawa tidak boleh berkahwin kerana adik beradik tiri. Itu lah kan. Nak buat sesuatu itu perlu fikir jauh. Jangan rosakkan generasi akan datang kita. Dosa berantai pula nanti :)


Prof menjawab lagi, banyak kan bertaubat, buat solat hajat, solat taubat, solat witir selalu. Nak dikatakan kata kasarnya sebagai "penumpang kasih" anda perlu lah sentiasa bersabar dan mengalah. Buat solat istikharah minta petunjuk Allah. Letakkan kebergantungan kita pada Allah ya, bukan pada manusia.

Okay itu je.

Semoga saya rajin update lagi :)


Jumpa lagi! 

Assalamualaikum.

Thursday, March 28, 2013

Tips isteri sayang suami

Malam menunjukkan pukul 9.30 malam,

saya siap sedia hendak tidur. Pergi ke sink dapur, mahu cuci muka. Pappp. terpandang seekor cicak muka menghadap saya. Beberapa kali berulang alik dari ruang tamu ke dapur, berfikir.

Nak halau, atau mahu dibunuh (*baca ketuk guna benda keras!) sahaja?.

Kalau halau kalau di lari ke arah aku bagaimana? dah la cicak laju, sempat ke nak lari? 
pilihan ke dua bunuh. Nanti cicak tu penyek, mengeluarkan cecair yang mengotorkan bahagian dapur, lalu aku geli pula mahu membersihkannya.

ohh, hampir terlupa. aku ada pilihan ke tiga.keh keh

"Awak, tolong halaukan cicak kat dapur tu, sebelah sink. Dia tengok ke arah saya dan masih hidup." dengan muka penuh pengharapan. 

"Ish.. cicak pun takut ke." suami yang disayangi :)
Beliau bangun dan saya lihat dari jauh, dia macam shuh2 cicak tu. Moga2 cicak tersebut pergi jauh dari hidup saya.aminn.

Cuci muka dengan perasaan gementar dek kehadiran cicak hidup tadih.Takut ianya kembali.LOL.

Sapp, sapp, sapp. siap! Tidur.

 


Di kelihatan muka jam menunjukkan jam 6.25. Saya baru habis mandi, nak cuci muka pula. Seperti biasa ke sink dapur. Cicak tu ada lagi!!  Apalagi yang ia mahu.


Tapi kali ini dia terbalik. Eh?

Semalam my sayangs bunuh dia(*baca cicak semalam) kah?

Buat buat bertenang dan capai pencuci muka perlahan-lahan...

glettt glett gletttt.. dia terbalikkan badan dia seperti normal pula.

Melompat gua, bukan takut cuma terkejut :P


Husband yang sedang tidur terjaga dan terus kehairanan. Dalam kegelapan rumah, saya melihat dia dari dapur..

"Kenapa ni, kenapa ni!"

"Kenapa cicak tu hidup lagi? tolong buang.."    (==')

"Erghhhhhhhhh... Ingatkan ada apa tadi" 

Dalam hati saya,"kesiannya my sayangs, terkejut dia."


Saya terus ke ruang tamu, nampak dia terus buang cicak ke luar tingkap.
Dalam hati legaaaa campur rasa bersalah.

Cicak selalunya berada di atas, tapi kali ini dia berada di kawasan yang dekat dengan kita, jadi saya macam tak boleh terima yang saya sebenarnya agak takut dengan haiwan lembik ni.sebelum ni saya nampak cicak kat atas, tak ada lah takut sangat.adohai..

Tapi sebenarnya apa yang saya nak sampaikan disini. Kaum adam jangan lah takut atau geli atau apa sahaja terms yang relevant disini pada haiwan-haiwan ya. Untuk contoh disini, lipas,lipas yang terbang especially,cicak, kumbang hitam yang boleh terbang-terbang, kupu-kupu besar yang gemar memasuki rumah, juga apa sahaja jenis haiwan yang menakutkan.

Kerana saya sebenarnya ingin mengatakan saya sangat terharu dan berbangga dengan suami saya sebab he made my scared fade away.ekehkeh.

I love my husband, a lot! Muachaa

Mudah bukan? anda tidak perlu menumbangkan pokok atau membanting tulang,atau meredah hutan atau berlayar di lautan antartika. Hanya dengan membuang haiwan yang menakutkan anda akan lebih disayangi isteri. kih kih

Take note: Ingin disayangi? bantulah isteri anda membuang atau menyingkirkan haiwan yang menakutkan dirumah anda. 


Sekian. Jumpa lagi!



Assalamualaikum.
 






Monday, January 14, 2013

How can we tell others?

How can we tell others we pregnant if we want to sit in LRT.

Alhamdulillah, syukur nikmat. Allah beri peluang kesihatan lagi pagi ini.
Going to work by LRT cause husband got viva with his lecturer today, and yes. I feel terrible again.
I have to stand about 11 station. 
Almaklom pregnant baru 2 bulan, jadi orang tak bagi peluang duduk. As usual, morning right. A lot of people using public transport,peak time.
And i feel like 1 second faint, I feel so dizzy standing at moving vehicle. MashaAllah, I hope i cannot going through all this again. 

To all public transport passenger, please give a change and space for women to sit, you have no idea what she's feel. So weak.

Till then, jumpa lagi!


Assalamualaikum!


Tuesday, January 1, 2013

2013 is positive

Alhamdulillah syukur di panjatkan untuk Allah, 
malah dengan rasa malu saya pada Allah.. saya tetap ingin berterima kasih pada Allah.. :)

Alhamdulillah, doctor have verified I'm positively pregnant :)
7 weeks.

MashaAllah, nikmat Allah.. 

Untuk perkongsian, setiap wanita mengalami simptom yang berbeza- beza. Jadi Alhamdulillah, saya baik2 sahaja buat masa ini, cuma asyik merasakan perut mengeras banyak kali dalam setiap hari. 
Dan sedikit pening.

Tak sangka diri sendiri boleh pregnant, diluar kuasa manusia. Subhanallah.

Apapun, saya sayang semua orang di sekeliling saya. Terutama suami saya yang sentiasa bersabar :)



Jumpa lagi! 

Assalamualaikum!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...