CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, June 26, 2013

Pregnancy and Rindu baby ;)

Today is 33 weeks of pregnancy.

Agak berat juga baby ni nak bawak pegi mana2, nak sujud pun susah. Rasa nak meletop perot,ahaks. Overrr.. Tapi sebetulnya memang tak boleh nak sujud, jadi sujud syarat sahaja di kala ini.

Lagi 1 bulan lebih sebelum melihat little sweetheart ini :) Saya nak cium dia hari2, hihhi :)

Barang- barang bayi belum habis beli lagi. Dalam kepala otak nak tengok baby je.. :)

Di kesempatan ini nak cerita sikit ;)

Semalam saya dengar radio ikim fm. 
Ada seorang pemanggil perempuan, mengatakan dia seorang isteri kedua. Dan perkahwinannya dengan suaminya adalah secara rahsia.Isteri pertama suaminya dan ibubapanya sendiri tidak mengetahui perkara tersebut. Jadi dia tanya, adakah wajar dia berkorban demi kebahagiaan isteri pertama suaminya..

Eh, eh.. aku pelik sekejap.

Siapa yang berkorban kepada siapa ni sebenarnya,aduss..
macam2.. Para wanita, para sahabat, para lelaki, tambahlah ilmu ya. Jangan beramal dalam kejahilan.


Jadi Prof menjawab, yang pertama, syukur kerana telah dikurnia jodoh. Ramai orang nak kahwin tak dapat atau bermasalah.

Keduanya, kenapa perlu berahsia. Kelak jika dikurniakan anak, anak itu perlu dimaklumkan dengan keluarga atau anak-anak isteri pertama suaminya bahawa tidak boleh berkahwin kerana adik beradik tiri. Itu lah kan. Nak buat sesuatu itu perlu fikir jauh. Jangan rosakkan generasi akan datang kita. Dosa berantai pula nanti :)


Prof menjawab lagi, banyak kan bertaubat, buat solat hajat, solat taubat, solat witir selalu. Nak dikatakan kata kasarnya sebagai "penumpang kasih" anda perlu lah sentiasa bersabar dan mengalah. Buat solat istikharah minta petunjuk Allah. Letakkan kebergantungan kita pada Allah ya, bukan pada manusia.

Okay itu je.

Semoga saya rajin update lagi :)


Jumpa lagi! 

Assalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...