CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, October 31, 2011

Peluang hidup hari ini 11111

Mesti kau tak tahu betapa berdebarnya aku menunggu 1 11 11 itu. Padahal setiap tahun itu ada sahaja tarikh itu muncul,mengapa perlu berdebar. ya! itulah natijahnya :P

Walhal tarikh itu tidak lah secantik mana, cuma cantik lah bagi orang yang mengamalkan hantu feng-shui atau terikut-ikut orang :P

Kadang-kadang ada sahaja orang yang confused,tak tahu apa mahu bikin ini hari bukan? 

Pertama sekali 
Terima kasih Ya Allah
kerana masih memanjangkan usiaku ini
sedangkan kematian itu semakin menghampiriku

Kedua sekali
mesti ingat dan menyatakan rasa terima kasih kepada ibu yang telah mengandung dan melahirkan.

Ketiga sekali
jangan malu - malu tak bertempat :P

Gua nak kerja molek ni,assalamualaikum!


jumpa lagi!


Thursday, October 27, 2011

Apa tujuan hidup?

Sedih melihat rakan-rakan yang hanyut di buai dunia mereka sendiri,mereka fikir mereka diciptakan di dunia ini tiada tujuan dan hanya mengikut aliran ketuaan usia dunia?

Perasan bagus bukan boleh dibawa kemana,sungguh membuatkan manusia di sekeliling menjadi muak dan bertambah kasihan lagi terhadap mereka.

Bila dikurniakan sedikit hidayah,mereka tolak mentah-mentah tanpa menjamah sedikit merasakan kenikmatan hidayah Allah yang hanya insan terpilih layak dan sanggup memikulnya. Kalau tuhan cipta kau semata- mata untuk selain menyembah Allah dan selain menyebarkan agama Allah(memegang teguh pada tali Allah*sila rujuk pada orang yang faham jika tak faham,bukan tali rapia,harap maklum*) lebih baik Allah membiarkan sahaja malaikat memuji-muji nya pada setiap saat, mengapa perlu manusia lahanat yang ingkar tuhan ciptakan?


Seperti yang disebutkan di dalam Al-quran dalam surah Al-mulk, ayat 1 hingga 2 yang bermaksud

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani


1) Mahasuci Allah yang menguasai (segala) kerajaan, Dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu.
2) Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun.


sadaqallahual'azim


Setiap kejadian tidaklah sia-sia Allah jadikan, kejadian lalat. Nampak macam penyibuk,tetapi sesungguhnya kalau hanjing mati tepi jalan siapa nak habiskan daging2nya yang busuk dan haram tu. Kau? ataupun kau yang tengah curi-curi korek hidung tu? sesungguhnya mustahil bukan?
maka,sang lalatlah yang mengajak kawannya beramai-ramai untuk mempercepatkan lagi proses pembangkaian itu terjadi.
sekecil-kecil kejadian ada tujuan dan semuanya adalah rahsia Allah.


carilah,menujulah kejalan Allah,selangkah kau menujuNya, seribu langkah Dia datang kepada kau. nampak macam selalu dengar je ayat ni,dah naik menyampah rasanya kan?
sebab apa, sebab kau tak nampak kedatangan Allah secara mata kasar, jadi kau rasa apa yang kau buat tak mendapat balasan, sia-sia dan lansung tak di endahkan,malah rasa diri sendiri tak guna,baguslah.sebab kau memang tak guna pon,kufur nikmat.


hari ini kau dapat membaca pun,sudah cukup baik.apa kata Allah tarik sekejap nikmat mata kau hari ini,bagi kena sengat lebah sikit je lah,tak banyak mana.agak-agak sampai lebam lah biji mata sebelah kau tu.apa agaknya rasa ye? macamana nak berhadapan dengan orang hari ini? bagaimana meneruskan hidup hari ini? dan kau bakal juga menanyakan kepada Allah,mengapa kau uji aku sebegini.itulah kau, dahulu ada mata,kau dustakan ayat Allah,ada telinga kau buat-buat tak dengar apa suruhan Allah,dengar azan panggil menuju kejayaan kau pandang remeh, siap cakap dalam hati kejayaan apa nya,mengarut. dahulu ada hati,kau kotori dengan titik-titik hitam sedikit demi sedikit. Sekarang bila Allah tarik semula nikmat yang kau sangka kau akan miliki selama-lamanya dan  kau sangka bukan pinjaman itu, baru mahu sedar, tapi berapa lama sahaja kesedaran? dapat balik nikmat.kau lupa semula nikmat Allah.
oh,sungguhhh *menggeleng-gelengkan kepala*


Tanya semula diri mengapa kau dihidupkan? hanya melaksanakan pusingan hidup? Lahir-kahwin-melahirkan zuriat dan anak kau memusing semula kitaran hidup yang kosong itu? 


p/s:  Bukan itu tujuan kau dihidupkan, sila semak semula amalan.




jumpa lagi!

Sunday, October 16, 2011

Invisible you

Pernahkah kau rasa dibuang dunia? 
Lantas itu mencari alam akhirat
Yang memutuskan pertalian kau dan sekalian dunia


Engkau tidak perlu risau lagi tentang dunia,
Tidak perlu lagi menakuti penyakit cintakan dunia,
Yang kini lamunanmu sendiri yang menyatakan
kau dibuang dunia

The whole world thrown you, without any mercy
and you have no power under the lovely sky
You go farr- aaway so that no one can thrown you as their wish.
and now you have no mercy to that creature and cruel mirror to them


credit


see ya!

Hari peng'anu'gerah

It's been hours ago from the time I step up at the hall stage. It's feels like really long journey I ever cross.
Then,it's only dip-looo-maaa and nothing I have to show off. Maybe some people said 
"of course we have to canang-canang duh, bukan selalu dapat penganugerahan" :P :P :P pathetic

Mati pon bukan selalu,jom ingat matiii :D
Kau dan aku akan mati juga. 


Assalamualaikum.

jumpa lagi!

Wednesday, October 12, 2011

Sunnny Butterfly


Pengemis desa menjenguk lagi
Matahari tersenyum lagi hari ini
Gapura diri menjeling masa hadapan
Moga matahari menyinggah lagi

Hari ini baru dapat melihat matahari
Hari ini matahari menyinar tanpa segan
Aku tersedar dari lamunan 
kerana fatamorgana mematikan lamunan seorang perempuan





jumpa lagi!

Monday, October 3, 2011

Setiap kali gua mandi

Setiap kali gua mandi,
Gua harap peluh bekerja hari ini hilang 
Angin jahat yang melekat atau lalu atau terlekat atau sengaja melekatkan dirinya keatas diri gua, 
hilang dengan derasnya air shower.

Setiap kali gua mandi,
Gua berdoa setiap air yang mengalir di setiap helaian rambut gua yang cantik lagi adorable ni, membersihkan segala cas-cas negatif yang melekat pada kepala gua.
Supaya setiap hari gua positif!

Setiap kali gua mandi,
Gua harap segala keluhan, kesedihan & ketakutan hari ini, 
jatuh berderai bersama deraian air yang fatamorgananya tercatat semalam.

Setiap kali gua mandi,
Gua harap gua menjadi seorang yang baru *baca new person* 
 yang dahulunya tidak pernah kenal erti kekalahan hidup, 
juga kuat hati dan semangatnya.

Setiap kali gua mandi,
Ada sahaja makhluk yang mengetuk
"Wei,cepat sikit sape kat dalam ni!"
Dem,gua tendang pintu untuk keluar.*tipu besar
Gua kuak pintu tenang lalu melangkah keluar meninggalkan semalam yang bertopengkan dunia.




jumpa lagi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...