Orang kata *penulis sendiri tidak tahu siapa orang itu* rindu itu suatu penyiksaan, kenapa perlu.Gua pon tak tahu.
Pemerhatian 1: Kadang-kadang gua pelik kenapa orang sibuk nak tengok pedang nabi Muhammad, tongkat nabi Musa, katanya mukjizat pada barang tersebut sangat tersimpan khazanahnya.Ya,itu betul.itu zaman nabi, berbelas ribu tahun dahulu mukjizatnya.Tetapi tiada pula dihiraukan mukjizat Al-quran yang berada dihadapan mata. Padahal Allah dah bagi mukjizat juga pada zaman kita.sibuk nak tengok tongkat nabi,ambil syafaat lah entah ape lagi bedaah,tengkorak hang.okay sabar.Entah ranting kayu mana diciloknya,diwarwarkan tongkat nabi.cuih.
Pemerhatian 2: Typically orang akan bawak buku doa harian, zikir harian.Dan selalunya buku-buku itu dirangkumi dengan pelbagai jenis doa,doa berjaya dalam hidup,doa dipermudahkan urusan,doa masuk tandas dan macam-macam lagi.Tapi tahukah kalian,doa-doa itu semua adalah untuk diamalkan bukan untuk dibaca ketika rasa teringat sahaja.contohnya doa mengelakkan terlupa.
Makhluk: Lalalala,aku nak buat apa ae tadi? Baca doa untuk orang yang terlupa lah..hemm hemm
Sebenarnya doa-doa tu untuk prevent dari terlupa selalu,lebih-lebih lagi terlupa Allah kan.Khianat tuhan nampak.
It's better prevent than cure right.
Pemerhatian 3: Ibubapa selalu menggesa anak-anak kecil mereka berpuasa,padahal anak mereka baru nak hidup*ecey
maksud gua disini baru 4 5 tahun, memang lah niat tu nak melatih,mentarbiah anak supaya biasa dengan berpuasa kelak,tapi bab solat.tak ada pula digesa-gesakan anaknya seperti puasa tu.padahal puasa dan solat,amalan solat dulu yang dihisab sejurus lepas baru amalan-amalan lain akan dipersoal tuhan.
tak hairan lah* hairan? kah kah. tak hairanlah ramai yang berpuasa tetapi meninggalkan solat macam tak pernah-pernah sedar setiap langkahannya berpijak di bumi tuhan.lahanat,nak saja gua tangan-tangan.tak begitu?
Nak melatih anak biar lah betul caranya,orang suruh pergi kursus keibubapaan,kau pergi kursus make-up, orang suruh kau pergi motivasi untuk ibubapa,kau tunjuk lagak,rasa diri sendiri seorang bapa yang hebat.
Gua sebagai seorang anak yang bukan juga ibubapa kepada siapa-siapa,kadang-kadang nak jugak memberi pendapatan. Jangan disuruh sahaja budak-budak itu memilih jalan hidupnya sendiri, bimbing mereka,ibu bapa mana yang nak anaknya ingkar tuhan?.lain ceritanya kalau ibu bapanya pon memang persatuan ingkar tuhan,itu belakang cite.
Cerita sekarang ada pula ibu bapa yang terangkan sambil lewa,dah lah sambil lewa,kurang ilmu,kurang serius pula tu.Lepas diterangkan, pesanan terakhir dia, "mama/ibu/mami/emak dah terangkan semua ni, pandai-pandai lah kau pilih mana yang baik mana yang buruk."
bagi aku sebagai seorang anak,salah cara tu.
Buat baik ni kena latih,buat jahat sekelip mata pon boleh.kau hidangkan dan terangkan anak kau makanan tu sedap ini tak sedap,masa dia tengah puasa,last2 kau suruh dia pilihlah nak makan ke tak nak.silap haribulan,azan sebelum waktunya nanti. Manusia ni,selalunya dia nak mencuba. So,paling-paling pun anak kau mesti nak cuba dulu buat jahat,kalau terus buat baik alhamdulillah.tapi tahu-tahu je lah syaitan tu,tak ada cuti. Dibimbangi kalau-kalau buat jahat tak pulang-pulang kepangkal jalan, ibu bapa pula dapat saham sekali. Almaklonglah, haritu suruh anak kau pilih kan? hee :D
Pemerhatian 4: Waktu ambil air sembahyang,itu apa orang kampung kata ablution.ngeh ngeh. Bukan tak tau membazir tu amalan syaiton, lagi bukak paip besar-besar, kasi air membasahi seluruh kulit. Pada zaman nabi dulu, sahabat nabi ambil air sembahyang dekat sungai, sahabat kelihatan mencelup-celup anggota dengan excitednya. Kemudian Nabi bersabda,janganlah berlebih-lebihan dalam melakukan sesuatu. Ayat dia lebih kurang macam tu lah,gua tak berapa ingat.moral daripada cerita yang gua dengar dari ustaz tu adalah, jangan membazir,even air sungai tu mengalir dan banyak tetapi Nabi pesan juga macam itu,betapa pentingnya air itu.oH! lemah ingatan aku,tu la orang suruh hafal al-quran malaslah,tak ada masa lah,kan ingatan dah lembab,sori! u can get more knowledge about hadith tu pada ustaz ustazah korang,gua dah lama sangat pendam nak tulis sampai lupa =.=''
Pertanyaan : For my future husband, when did God wants us to meet? ahaa!
yang last tu tipu je .keh keh
Buat orang ramai, selamat beribadah di waktu-waktu genting ramadhan ini,dan hargailah setiap detik itu dengan mengingatiNya.berkata untuk diri sendiri juga.ohoo!
![]() |
| Model: Sesegar | kredit to: Catherin |
Buat yang merindui diri dan sang perindu*muntah laju-laju keluar katak
Don't get toooo miss with person, but miss Allah you would never disapointed.Aku akan bakal menjadi mayat kelak,begitu juga engkau.
Jangan rindu aku,habis bulu mata kanan aku gugur macam orang leukimia(khurafat betul).LOL.
jumpa lagi!
