CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, November 8, 2015

Lumrah kehidupan-Paksa Hati!




Sekarang ni petang je hujan, hujan je petang kan? Alhamdulillah, semoga Allah menurunkan hujan yang mendatangkan manfaat nya.

Lepas tukar port folio ni aku berasa sungguh tenang, tak tahu lah kenapa. sebab boss dulu jenis tak mahu menaikkan orang, jenis nak mencari salah orang, jenis nak jatuhkan orang walaupun kau tahap clerk je, dia director. Bukan nak jatuhkan kau sebab kau akan merampas tempat dia, tetapi sebab dah perangai keji, haa, gitu. Maka sekarang dah bertukar boss, aku berasa sungguh tenang. Weekend pun boleh selesa, Oh but you know what, aku perlu mendidik diri aku untuk tidak selalu mudah berasa selesa terlalu cepat. Dalam sebuah buku yang pernah ku baca, jangan biarkan diri kita berada didalam comfort zone terlalu lama. Sebabtu kita kena didik diri kita supaya sentiasa grow, sentiasa mendapat dan memperoleh ilmu baru, perkara baru, pengalaman baru.


Sekarang ini, mula sedikit demi sedikit untuk menaikkan orang sekeliling ku. Dr Reza kata, dont afraid to grow people, someone will grow you from behind. Memang betul apa yang beliau pesan tu. Jernihkan kolam hati kita ya, baik dengan semua orang dan berjaya. Contohnya kita nak kaya, mesti la kita kena berurusan dengan manusia bukan? Duit tu hasil dari mana? Bukan nya dari machine atau haiwan, tetapi manusia :)

Mari didik hati kita untuk terus baik dengan semua orang ya, bukan sebab kita nak duit dia ke apa, sebab kita memang perlu jadi baik. paham? Sebab itu kena bersihkan kolam jiwa, supaya baik itu tak nampak fake, Ia memang terus dari hati :)


Ihsan Mr google.

Rasa macam nak makan kek ni pulak, haritu adik ipar buat kek kit kat ni, aku memancing smarties kat atas tu sapai botak kek dia,hihi.. kek nya biasa2 je rasanya.


Ok lah, bye! jumpa lagi!

Tuesday, October 20, 2015

Camilia nama bunga ku yang kedua

Alhamdulillah. lama betul tak post.

Selalu bila tulis blog, aku mengira sesuatu yang perlu disyukuri. Ya, terlalu banyak benda yang perlu kita syukuri, hampir tidak terkira sebenarnya.

Sepanjang kesenyapan blog ini, terlalu banyak perkara yang berlaku, aku telah pun melahirkan baby yang ke dua pada February tahun ini, tahun 2015. Nur Camilia Arissa. sekarang dah lapan bulan :)





Masa mengandung ke dua ni, memang takde entry masuk pun, busy sangat study. habis je exam. bersalin, Bersalin memang waktu untuk muhasabah diri la kan? Tak mahu la mak nak tengok laptop ke, handpon menghadap lama2 kan. Tak kuasa sangat uools!

Sekarang ni dah lapan bulan dah, alhamdulillah. dah pandai berjalan juga :)

Mulut pun bising je sekarang. 

Banyak sangat benda nak cerita, ok take a deep breath. Satu per satu ya dek nons.

Di sepanjang ke "tiadaan" blog ini juga aku banyak berfikir. Sekarang ini aku ingin mulakan perniagaan. Anak2 pun tak banyak kerenah, alhamdulillah semua sihat. Oleh kerana husband telah pun mengorak langkah travel agencynya CUTI CUTI BAJET CIPUT. Boleh follow di facebook dan instagram. Sangat memberangsangkan, ramai orang suka travel. Harga pun murah, customer semua puas hati. Lagi ramai lagi murah guyss :) Nampak tak iklan kan sekali disini.Terbaik toqq!





Jadi aku juga ingin mengorak langkah memulakan perniagaan, i am worth more than my current income, i see my potential in myself.

Oh berbalik semula kepada cerita anak ke dua tadi, Camilia. Kami panggil dia cami kadang adik milia, adik, Arissa, Cami menjadi gembira sangat bila kita sebut nama dia. Dia jadi lembik dan manja macam kucing..hhehe..

So dibawah ni, aku share video adik Cami makan biskut, dia suka biskut Jacobs yang bulat tu..aku rakam sebab aku suka tengok cara dia mengunyah tu, comel sangat,haha!



Alhamdulillah, terima kasih baca entry. Keep in touch! Banyak lagi nak cerita lepasni, jika diizinkan Allah :)


Bye!




Tuesday, March 24, 2015

Pakej murah ke Oversea!!!

Uolls...

Pernah tak pelik mak senah sebelah rumah tu asyik pergi oversea je, asyik berjalan je, jiran langkah 2 rumah pulak asyik bershopping luar negara jek, mak sedara pulak asyik tukar handbag baru je, aih! tergugat mak. Mana diorang dapat duit asyik pi oversea je ni. Haa.. uolls pun bolehhh, sape kata tak ada trip mampu untuk kita-kita golongan marhaen..hikhikk

Mempersembahkan cuti-cuti untuk bajet ciput anda..



PAKEJ BANDUNG
21-24 AUGUST 2015
RM577 per person ONLY!!
Flight ticket return
Hotel
Breakfast
Transportation
Tour tipping


Min 6 pax





PAKEJ HO CHI MINH
14-17 AUGUST 2015
RM790 per person ONLY!!
Flight ticket return
Hotel
Breakfast
Transportation
Tour






PAKEJ MEDAN LAKE TOBA

                                                                                          ●7-10 AUGUST 2015                                                                                    
RM688 per person ONLY!!
Flight ticket return
Hotel
Breakfast, Lunch, Dinner
Transportation
Tour


FOLLOW :-


FB : cuti-cuti Bajet Ciput Zaraza
Instagram : cuticutibudgetciput
Whatsapp: 012 2482053 (Khairul Anuar)

This is for August Trip, lain2 tarikh boleh ask  here. or direct whatsapp to the above number. Ohh, sorry.. ter omputih, kalau ada apa-apa pertanyaan boleh mesej atau whatsapp nombor di atas ya :)

Ataupun anda juga boleh follow Instagram dan facebook kami, boleh personal mesej juga disitu.

Selamat bercuti!

I smell vacationnnn.Yihaaa!!!



Review Hospital UMRA Shah Alam

Alhamdulillah.. sudah hari ke 47.Dah habis berpantang, yeayy! I'm feeling better right now, rasa sakit dekat rahim dah kurang dan hampir taksakit dah. Badan pun dah rasa stabil sikit. Cuma biasalah, kena pulihkan rahim betul-betul. Untuk masa depan yang lebih cerah..huhu.

Apapun, harini nak review sikit tentang tempat pilihan bersalin kali ini. Sofea, anak pertama, saya pilih untuk bersalin di DEMC, shah alam. Untuk anak ke dua ni saya memilih untuk bersalin di Hospital UMRA, shah alam. Siapa yang tak tahu landmark hospital ni, adalah stadium shah alam.Sejak check up 8 bulan saya dah mula check up di hospital ini, Banyak betul masa terbuang sebab lama menunggu, even orang kata "dah tahu lama, bawa la bahan bacaan, makanan-makanan sementara menunggu, tak adalah bosan atau rasa lama." Masa itu emas, setiap saat itu wang. setiap saat tak akan kembali, jadi walaupun saya bawa bahan bacaan saya tetap terasa waktu saya terbuang. Datang check up jam 8 pagi, settle jam 12 tengahari. Mungkin mereka perlu upgrade system mereka, Maybe..

Waktu scan pula, pakar scan goncang-goncang perut, sepanjang saya mengandung takpernah ada orang berani buat macamtu. Saya sendiri tak pernah tolak2 perut sendiri nak bagi baby bangun katanya. Aduhai, sakit pulak tu. Saya rasa stress sangat. Waktu CTG(ujian graf untuk degupan jantung bayi) juga serupa walaupun orang yang lakukan ujian berlainan. Another stress I have to face. Sepanjang saya check up dan mengandung anak pertama takpernah lalui pengalaman hampeh sebegitu. Rasa sedih pun ada, bila cerita dengan husband, dia kata. "takpela, mungkin pakar lagi tahu." Lagi la rasa sedih, kena tanggung sorang-sorang rasa frust itu.

Bila jumpa doctor, semua okay, doctor sangat peramah baik dan caring. Staff nampak macam banyak tak tahu, mungkin kurang training. Tapi jangan risau staff pun okay, banyak membantu alhamdulillah.

Ok, habis tentang check up.

Tibalah waktu untuk bersalin. Kali ini saya takbersalin pada due date, lambat 3 hari. Pada hari tersebut, jam 5.30 pagi. Saya rasa taksedap hati. tiba-tiba air banyak sangat keluar takberhenti, tak sakit tapi rasa risau dan rasa nak menangis. terus kejut husband cakap "air banyak keluar. Rasa-rasanya air ketuban," terus melompat husband ambil towel dan bersiap-siap. Saya nampak husband call family dia untuk datang jaga Sofea yang masih nyenyak tidur atas katil. Maklumlah kali pertama air ketuban pecah, masa Sofea dulu induce, semua doctor yang buat, air ketuban pun doctor yang tolong pecahkan. Jadi kali ni sangat menggelabah, taktahu nak buat apa bila air ketuban keluar sendiri.

Adik ipar terus datang rumah jaga Sofea, aku dan suami terus ke kereta untuk berdesup ke hospital. Sesampai di sana ada pak guard je, kaunter tiada orang, staff tidur hagaknya. Cheh! Okay,takpe. Dalam perjalanan saya whatsapp doctor yang berbunyi "Doctor, air ketuban dah pecah, saya harap doctor ada pagi ni". Doctor reply "Ok, don't worry, u masuk labour room dulu."  Labour room dia kecik je. Muat 2/3 orang je. tak macam DEMC. Check jalan baru 2cm. Nice, kalau nak bersalin kena 10cm kan? So, aku mengucap panjang. Lama lagi la ni kena tunggu.erk. Dalam sejam duduk dalam labour room ada staff datang tanya, nak bilik 2 beded non sharing atau VVIP. Husband kata 2 beded. Bila check2, bilik yang kami minta penuh, so change request. Ambil bilik VVIP. Alhamdulillah ada juga bilik, sebab ramai orang cakap takut nak bersalin UMRA takut tak ada bilik. Lepas satu azab.

Beberapa jam lepas rehat-rehat kat wad tu, ada staff india masuk meluru. " Encik, Encik kena jelaskan deposit dulu ya RM2000". Husband dengan sabar cakap kami guna GL, dan terus bagi GL kat perempuan tu. Staff tu terus beredar. Pagi tu check in tak ada sarapan,okay boleh sabar lagi. Mungkin sebab ad hoc,tiba2 masuk wad. Staff tak arrange makanan. Sampai dah pukul 12 tengahari takde makanan, husband dah fikir nak pergi beli kat luar. Saya cadangkan panggil staff berkenaan makanan. Bila staff datang, semua kata tak tahu. See...memang aku banyak sangat bersabar duduk wad ni. Staff UMRA kata kami akan panggil orang yang incharge bahagian makanan. OK,fine.! Tunggu punya tunggu datang la seorang perempuan, dia kata bilik package VVIP ni tak include makanan, sebab harga termasuk makanan masih dalam perbincangan. Dalam hati aku "kepala hotak kau dalam perbincangan, kalau patient bermalam tu memang kena include la. My husband membebel2 menyatakan rasa kesal sebab aku tak makan lagi, nak beranak tak ada tenaga,blablabla. Staff tu pun hangguk-hangguk. Lastly dia tanya, ok, disini tiada menu orang berpantang ya.  *Dalam hati aku, aku pun tak bersalin lagi, bagi je la makanan.hampeh tol!* "Menu cuma ada ikan atau ayam sahaja, boleh pilih" Husband aku laju jawab, "tolong sediakan menu ayam je, sampai dinner". Sesampai makanan. IKAN.hamaigod Staff ni seriously laa...Oleh sebab aku bukan jenis memilih makanan, aku makan je. Husband aku dah geleng kepala. Begitu juga dengan dinner, menu IKAN juga yang sampai.2 pilihan je pun, IKAN atau AYAM, apa yang mereka susah sangat nak buat?! what the fish


Aku bersalin jam 7.52 pagi. Aku rehat sekejap dan cakap dengan husband nak balik harini jugak. OH yes? why? because i'm sick of blur people there! Bila kita sakit, kita tak perlukan orang-orang yang sakit mental untuk menjaga kita ya.. semakin sakit mak dibuatnya..

Alhamdulillah jam 5 petang baru settle semua. Doctor bagi keluar sebenarnya jam 12 tengahari, tapi sebab settlekan GL yang staff dah hilangkan, pukul 5 petang baru settle semua. oh my God, Can we have some vacation. I need to breathhh!

Ok itu sahaja pengalaman saya, semua yang saya kongsikan tiada tokk tambah lansung, dan apa yang saya alami, kongsi pengalaman anda pula?


Assalamualaikum jumpa lagi!


Thursday, January 1, 2015

Everyday is a bless from God

Dalam hidup ini, jika kita terlalu sibuk kesana kemari. Berhentilah sebentar, fikir semula. 2013 aku di sini, 2014 aku masih disini? Mengapa begitu? kerana azam tinggal azam. Semuanya hanya ikutan belaka. Kini 2015 pula, adakah aku dan engkau masih disini? Kenapa mahu membuang masa? Mengapa masih mahu  di takuk lama. 

Ada orang bila ditanya, apa kau mahu di tahun ini? 
Katanya "Kita lihat saja nanti apa yang berlaku" (follow the flow)

Ada yang bila ditanya lagi.
Katanya "adalah juga plannya, tapi tengoklah bagaimana dan semangatnya bagaimana" (tidak yakin dengan apa yang dirancang)

Ada lagi yang ditanya, hanya menjawab "sama saja, tiada rasa apa-apa"

MashaAllah.. tidak kah kau merasa nikmat 2014 itu? Tiada satu pun udara yang kau hirup perlukan wang. Bukankah itu suatu rezeki? Mengapa kau masih mengingkari Allah?

Masih ramai lagi yang meninggalkan solat dengan sengaja.
Masih ramai lagi yang lalai..

Sedangkan orang yang berdosa itu ditempatkan di dalam neraka, bila Tuhan bertanya, berapa lama kamu tinggal di bumi?

Mereka menjawab: Kami telah berdiam di sana sehari atau se­tengah hari. Cobalah tanyakan kepada orang yang pandai menghitung. 

Berkata (Tuhan): Tidaklah lama kamu berdiam di sana, hanya sedikit, kalau kamu ketahui.

(Surah Al-Mu'minun 112:114)

Begitulah kita bila rasa bila dah 2015 ni kan?

Saban hari kita dengar, "eh, sekejap je dah 2015 kan?"

"haishh, 2015 dah kan? hutang pun tak habis bayar lagi ni.."

"2015 lepastu 2016"

semuanya rasa sekejap je, macam semalam je 2014 cara kita ungkapkan tu. 

Marilah kita cuba didik diri kita, rancanglah apa yang kita mahu, tulis di kalendar handphone. dari sekian haribulan sampai sekian haribulan, apa yang akan dibuat. Setiap hari mesti terisi. setiap hari MESTI ada aktiviti menambah ilmu, MESTI perlu ada aktiviti yang mendekatkan diri pada Allah, MESTI kena ada. contohnya membaca alquran dan tafsirnya walaupun satu muka surat. Beri makan pada rohani, jangan asyik dengan rancangan di televisyen. kerja. sibuk kira untung perniagaan. semuanya duniaa. tak penat ke? berapa lama je kau nak hidup di dunia ni? 


Sekian, saya sayang semua orang. Saya mahu jadi baik, kata yang baik-baik kepada diri sendiri.

wallahu 'alam..

Jumpa lagi! 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...