CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, September 25, 2011

Sepetang di khalayak

Dilanda ke entah apa-apa an fikiran
Dealing with people who admit and yet physically as islam and tipu2ly islam is really challenging. Today was the day i probably cannot forget. On the noon, I need to fulfill the OFFICE TERBUKA*hooo* invitation by company M. There, macam biasa ramai orang. Perut dan duit pun ngam ngam lapar dan habis.memang chicken dance.Makan,makan,jumpa orang,jumpa orang,jumpa landlord, gua perhati dari jauh,alhamdulillah pakai songkok berbaju melayu. Dekat, tegur.okay kawtim,nasib dia tak hulur tangan nak berjabat mesra*mesra tengkorak hang*. fuhhh fuhh

Lari laju2 balik office, meeting lagi 2 jam, gua ada masa setengah jam dari sekarang, tak solat zohor lagi.Gua terus lari dengan kasut tumit tinggi,wehaa! rasa macam terbanggg,perform the solat and bergegas ke parking lot kerana member kristian gua dah tunggu..hihik2!

Sesampai di PJ, gua turun pantau site*wah,ayat nak pantau je,bos ke? ejejeje! Landlord 2 pula sampai, gua difahamkan beliau ni Tuan Haji. Gua senyum nipis anda lega.

Gua kerling perlahan Landlord 2, Tuan Haji salam semua yang dekat termasuk kawan gua yang kristian(perempuan).Ah,sudah kali ini giliran gua.
See, even nama orang tu Tuan Haji Soleh Mekah Al-Mukarramah pon kalau dah tak faham-faham Allah kata apa tu, memang layak kita ikat dekat pokok bagi semut tonggek jahannam kan dia.ha ha

Gua tepis tangan Tuan Haji lalu berlalu pergi.*Eceh,tipu. Gua buat isyarat macam bermohon sembah tu lah, bagi sign sikit gua ni ISLAM, kah kah.

Petang sikit gua ada 1 lagi office terbuka,gua pergi sahaja untuk memenuhi undangan.Makan nya tak wajib.
Orang ramai,gua nampak CEO (Datuk) baru habis berucap. Berliau berjalan keliling meja,gua perhati dari bertudung litup hingga ke baju tak cukup kain semua tidak melepaskan peluang bersalaman dengan Dato'.Terlintas OMG didalam hati.


Kamera man kelihatan sibuk mengambil gambar lah apa lagi,nama pun kamera mann! *tiba-tiba emosi


Cerita pasal dato' ni,gua tak de lah pernah tegur pon datuk ni,cuma selalulah lepak jamming malam2.wahaha. tak lawak.
itu kira tak apalah,abaikan. 


Sampai turn ke meja gua, gua rasa nak angkat kaki masa tu,tiba-tiba datuk hulur tangan.Gua tenang, kamera mula merakamkan detik-detik tak indah itu, iman gua mula runtun.Tapi gua gagahkan jua untuk memohon maaf dan menyusun jari bermohon sembah :P
Dato' mengundur tanda faham and he said 00,okay.. :)


Semuanya berlaku dalam 1 atau 1/2 saat sahaja,atau mungkin lebih laju dari itu? Gua bukan ahli fizik.hedeedee!




Nak dijadikan cerita,gua balik dengan kenyangnya.syukur pada Allah.time tak ada duit pon possibilities untuk makan sangat tinggi gamaknya. Waktu pon dah time (cikgu sekolah kesayangan gua selalu sebut). Semasa gua melangkah pulang,tiba-tiba sahaja telinga gua yang ternyorok dalam tudung ni terdengar mulut-mulut busuk bau bangkai ni, kata gua sombong tak mahu bersalaman dengan dato'. Gua juga 
mungkin dibuang syarikat.woha! sampai macam tu sekali keee?
herrgh
seperti biasa egonisme melanda.macamlah gua takut,baru 21 bhai,banyak lagi syarikat nak guna tenaga zahir gua lah! HAHA


lek lu.


Gua balik, menangis.






p/s: kadang2 orang ego, kena menangis juga.


Bersambung,jumpa lagi!









7 Replika Labu:

H. Iman said...

haha tergelak sorang2 aku baca post ko ni weh.

takpayahlah sedih..Islam tu kan mmg asing.. org takkan faham.

tapi satu hari nanti apa yang ko buat tu akan jadi renjatan pada org2 yang tak faham tu. yang haq tetap Allah akan tunjukkan dan yang batil tetap akan kalah.

:)

Puding karamel said...

rezeki kita d tgn Allah, bukan di tangan Dato yg begitu ramah menyapa tangan mahramnya.

Allah takkan lepas pandang apa yg terjadi, sekiranya mmg niat awk ikhlas keranaNya

papepon, menangis mmg perlu. rilis, beb!

aniki said...

hahaha...lu amoy manyak lucu woo..1st wa tabik monoshock sama congrate sebab lu tegas dalam prinsip lu..2nd lu tak payah sedih2 sama orang gila..tak guna woo..macam lu cakap lu baru 21 maa..wa tabik 1kali lagi..cayala amoy...

shafiqabdshukor said...

owh..
tak perlu la risau..
bangga dengan awak..

hikmah128 said...

i envy you,,
kamu begitu kuat untuk mempertahankan pegangan kamu,,
hope saye juga sekuat itu,,,, :)
keep strong dear..

Unknown said...

H.Iman>> aku pon harap mereka sedar :P

Puding Karamel>> aku pon tak tau lah apa niat aku masa tu,cuma yang aku fikir yang aku memang tak nak salam,ye lah mana lah tau datuk baru lepas korek hidung? HAHA

aniki>> lu tak payah nak tabik kat wa sangat lah.ahaaa! gua memang tak suka pegang lelaki.HAHA

shafiq>> tetapi saya tetap risau

hikmah128>> sesungguhnya kita bersenang dan bersusah bersama2,jadilah tangan2 wanita yang menghayun buaian tetapi bisa menggoncang dunia! =,=" *cakap untuk diri sendiri sekali.

hamzah ian said...

tuan haji tuan haji..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...