kadang-kadang dikala kita gembira,jangan lupa ada orang yang sedang bertungkus lumus mencari rezeki yang halal untuk mulut-mulut yang sedang menunggu untuk disuap.
dikala kita susah jangan lupa bersyukur dengan nikmatNya
dikala kita bersedih cuba pula menggembirakan diri sendiri dengan pelbagai cara.
dikala bangga menerpa diri,cepat menunduk dan istighfar kalau-kalau ianya dapat lunturkan iman yang dibina sejak kecil lagi
takut dengan cantiknya indahnya rupa bentuk paras yang Allah kurniakan, menjadi fitnah dunia juga mengundang khianat manusia yang tidak mengenal budi bicara.
takut Allah tarik semula sifat malu dan sukarela dalam diri yang Allah bagi pinjam.harap Allah ampunkan saya.
"Aku Ingin Hidup Secerah Mentari
Yang Menyinar Di Taman Hatiku
Aku Ingin Seriang Kicauan Burung
Aku Ingin Seriang Kicauan Burung
Yang Terdengar Di Jendela Kehidupan"
by saujana-jendela hati
bukan semua yang diimpi terlaksana, semoga segala ujian dapat mematangkan hati.
jangan terlalu mudah berpuas hati dengan segala kerja,kaji semula.semak semula.
melihat gelagat manusia setiap hari dapat memuhasabah diri, dapat menilai diri sendiri, bukan mengecam semula si pelaku. syukurlah sudah berada di tahap alam pekerjaan even though umur 'tidak' sepatutnya. Mungkin ada hikmah disebalik semua pengorbanan ini.Beri peluang untuk orang lain melalui diri sendiri. Moga nilaian Allah mendahului nilaian manusia hendaknya.
jumpa lagi!
